awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamatkan bayi 14 bulan terkunci dalam kereta

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/02/2023
16:32 MYT
Bomba selamatkan bayi 14 bulan terkunci dalam kereta
Seorang ibu mengalami detik cemas apabila anak lelakinya yang berusia 14 bulan terkunci di dalam kereta di hadapan sebuah pusat membeli belah. - Foto JBPM
MANJUNG: Seorang ibu mengalami detik cemas apabila anak lelakinya yang berusia 14 bulan terkunci di dalam kereta di hadapan sebuah pusat membeli belah di sini, malam tadi.
Kejadian berlaku ketika ibu berkenaan meletakkan anaknya di dalam kereta sebelum dia memasukkan barang-barang yang dibeli ke dalam bonet.
Bagaimanapun, pintu kereta dikatakan terkunci secara tiba-tiba.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8.48 malam.
“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati seorang kanak-kanak telah terperangkap di dalam sebuah kereta jenis Hyundai ketika ibu mangsa sedang memasukkan barang yang dibeli ke dalam bonet,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta tersebut dan menyerahkan mangsa kepada ibunya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Yusuf Daud tamat jam 9.10 malam.
Topic Berkaitan
#bayi terkunci dalam kereta
#bayi 14 bulan
#bomba selamatkan bayi
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan