awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamatkan lima pelajar terperangkap kepala air

Bernama
Bernama
21/08/2025
15:22 MYT
Bomba selamatkan lima pelajar terperangkap kepala air
Lima pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang berdepan detik cemas selepas terperangkap kira-kira sejam dalam kejadian kepala air di Kampung Sungai Dara, Tanjung Malim, petang tadi. - Foto Sinar Harian
IPOH: Lima pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang berdepan detik cemas selepas terperangkap kira-kira sejam dalam kejadian kepala air di Kampung Sungai Dara, Tanjung Malim, petang tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima maklumat kejadian melibatkan kesemua mangsa lelaki berusia 21 tahun itu pada 6.54 petang.
"Sembilan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim serta BBP Slim River digegaskan ke lokasi kejadian.
"Kesemua mangsa terperangkap di tengah sungai. Mereka berada di atas batu semasa mandi-manda sebelum muncul kepala air secara tiba-tiba akibat hujan lebat," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata ketua operasi membuat penilaian situasi seterusnya mengarahkan anggota memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) lengkap bagi melakukan kerja-kerja penyelamatan di air dengan menggunakan tali, PFD dan throw bag.
Pihak bomba kemudian, katanya menggunakan teknik river crossing seterusnya mengeluarkan mangsa secara berperingkat sehingga berjaya diselamatkan dan dibawa ke tebing.
Shazlean berkata kesemua mangsa yang berada dalam keadaan baik diserahkan kepada pihak polis yang berada di lokasi untuk tindakan lanjut, manakala operasi tamat sepenuhnya pada 8.35 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lima pelajar terperangkap
#bomba selamatkan pelajar terperangkap
#Kampung Sungai Dara
#Tanjung Malim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan