Bomba selamatkan tujuh pendaki pusat peranginan Bukit Larut

Anggota bomba memberi rawatan kepada mangsa yang terseliuh dan mengalami kekejangan. - Foto JBPM Perak
IPOH: Seramai tujuh orang pendaki, enam daripadanya wanita berjaya diselamatkan anggota bomba selepas mereka mengalami kesukaran ketika menuruni pusat peranginan Bukit Larut, Taiping, malam tadi.
Ringkasan AI
- Tujuh pendaki diselamatkan oleh pasukan bomba selepas mengalami kesukaran menuruni Bukit Larut, Taiping; enam daripadanya wanita.
- Tiga mangsa mengalami kecederaan ringan, dua kekejangan dan seorang terseliuh kaki, manakala empat lagi berada dalam keadaan baik.
- Operasi penyelamatan tamat jam 9.50 malam, melibatkan 10 anggota bomba dengan bantuan orang awam dan pihak polis.
“Ketua operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep LAST seterusnya mengarahkan anggota bersama-sama pihak polis dan pengurusan Bukit Larut ke lokasi di atas bukit bagi melakukan kerja-kerja penyelamatan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, sewaktu di pertengahan jalan menuju ke lokasi mangsa dilaporkan berada, pasukan penyelamat telah bertemu dengan kesemua mangsa tersebut yang telah dibantu oleh orang awam sebagai penunjuk arah bagi menuruni bukit.
Menurutnya, dua orang wanita mengalami kekejangan dan seorang lagi wanita terseliuh kaki manakala tiga lagi wanita dan seorang lelaki berada dalam keadaan baik.
“Mangsa yang mengalami masalah kaki terseliuh telah diberi rawatan awal oleh pasukan penyelamat di lokasi dan seterusnya kesemua mangsa dibawa turun ke kaki bukit dengan selamat,” ujarnya.
Katanya, setelah tiba di kaki bukit, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang membabitkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping tamat sepenuhnya jam 9.50 malam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


