JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan seorang warga emas yang terperangkap di dalam lori akibat kejadian banjir kilat di jalan raya berhampiran Sungai Lebam, Penawar di Kota Tinggi, hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar Pegawai Bomba Kanan (PBK) I KUP Abd Rahim Abd Rani berkata lelaki berusia 61 tahun itu diselamatkan kira-kira 7.52 pagi tadi.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam lori (di bahagian muatan) akibat banjir setinggi 1.2 meter.
"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menyelamatkan mangsa dengan menggunakan rescue rope dan personal flotation device (PFD). Mangsa kini berada dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Komander Operasi BBP Sebana Cove PBK II Noor Ikhson Shukor dalam kenyataan berasingan berkata empat sekeluarga termasuk seorang warga emas yang terperangkap di dalam rumah mereka di Kampung Muhibbah, Tanjung Serindit, Kota Tinggi, juga berjaya diselamatkan pasukan bomba.
Noor Ikhson berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 7.47 pagi sebelum pasukan termasuk sebuah light fire rescue tender (LFRT) dan sebuah bot fiber digerakkan ke lokasi kejadian.
"Terdapat empat mangsa terperangkap di dalam rumah itu. PKO menyelamat dan memindahkan mangsa dengan menggunakan bot. Kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat," katanya sambil menambah kesemua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Beliau berkata mangsa terdiri daripada seorang lelaki warga emas berusia 82 tahun, seorang lelaki (56 tahun), seorang wanita (54 tahun) dan seorang remaja lelaki (13 tahun).
Dalam pada itu, Pegawai Daerah Kota Tinggi Datin Paduka Hazlina Jalil ketika dihubungi Bernama berkata dua PPS telah dibuka di Kota Tinggi yang menempatkan 15 keluarga setakat 11.30 pagi tadi.
Beliau berkata 12 keluarga dari Taman Desaru Utama dipindahkan ke Dewan Muafakat Taman Desaru Utama yang dibuka pada 10 pagi manakala tiga keluarga dari Kampung Baru Sungai Mas ditempatkan di Dewan Kampung Baru Sungai Mas yang beroperasi sejak 11 pagi.
Bagaimanapun, beliau berkata jumlah sebenar mangsa yang terlibat dengan banjir kilat itu sedang didaftarkan.
Menurut beliau, paras air di kawasan terjejas kini berada pada paras buku lali dan keadaan cuaca dilaporkan hujan renyai dan mendung di beberapa kawasan di daerah berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022
Lelaki berusia 61 tahun itu diselamatkan kira-kira 7.52 pagi tadi. - Sinar Harian
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.