awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba Selangor siap siaga hadapi fenomena air pasang besar

Bernama
Bernama
12/10/2022
00:15 MYT
Bomba Selangor siap siaga hadapi fenomena air pasang besar
Norazam turut menasihat orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan paras kenaikan air dan mengikut arahan pasukan penyelamat. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bersiap siaga sebarang kemungkinan sepanjang fenomena air pasang besar yang dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor sehingga Khamis ini.
Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya akan memastikan pemantauan di sebelah pagi dan petang dibuat terutamanya di beberapa lokasi titik panas sepanjang fenomena air pasang tersebut.
"Antara lokasi titik panas yang dikenal pasti adalah Pelabuhan Klang, Kuala Selangor, Sungai Pinang, Teluk Panglima Garang, Sungai Besar, Sekinchan dan Kapar," katanya ketika dihubungi Bernama.
Norazam turut menasihat orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan paras kenaikan air dan mengikut arahan pasukan penyelamat.
"Jika ada arahan untuk berpindah, mohon penduduk untuk mengikut nasihat pasukan penyelamat," katanya.
BACA: Fenomena air pasang besar diramal berlaku sehingga Khamis
Sementara itu, mengulas kejadian ban pecah di Tanjong Karang awal pagi semalam, beliau berkata ban tersebut telah siap dibaiki oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran Selangor.
Pada Ahad lepas, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam perkongsian melalui Facebook memaklumkan bahawa Pusat Hidrografi Nasional meramalkan air pasang besar berlaku pada 8 hingga 13 Okt ini di beberapa kawasan iaitu Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor; serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#bomba Selangor
#ban pecah
#paras air naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan