Skip to main content

Malaysia

Bomba tangkap ular sawa seberat 100 kg baham kambing

Ular Sawa
Ular sawa itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. - Gambar/ JBPM Gua Musang
Advertisement

GUA MUSANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menangkap seekor ular sawa seberat lebih 100 kilogram selepas reptilia itu membaham seekor kambing di Kampung Batu Papan, di sini hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata haiwan sepanjang kira-kira 4.57 meter itu ditangkap ketika berada di dalam kandang kambing berkenaan.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 10.33 pagi tadi, sebelum satu unit jentera dengan kekuatan empat anggota bergegas ke lokasi kejadian. 

"Ular berkenaan ketika itu berada di dalam kandang selepas membaham seekor kambing dan kita mengambil masa 10 minit untuk menangkap reptilia tersebut," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. 

Beliau berkata ular sawa itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement