awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba teruskan usaha pemadaman kebakaran belukar 2.43 hektar di Salak Tinggi

Bernama
Bernama
31/10/2025
15:36 MYT
Bomba teruskan usaha pemadaman kebakaran belukar 2.43 hektar di Salak Tinggi
Kerja-kerja pemadaman dijangka mengambil masa antara empat hingga lima jam lagi bergantung kepada keadaan cuaca dan kekuatan angin. - JBPM/Bernama
PUTRAJAYA: Pasukan bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran belukar di Salak Tinggi yang kini merebak sehingga 2.43 hektar, dengan cabaran utama melibatkan laluan masuk yang sukar untuk jentera dan tiupan angin kuat.
Ketua Zon 5 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) KLIA Penguasa Kanan (PgKB) II Mohamad Issmanto Md Pono berkata kerja-kerja pemadaman, dijangka mengambil masa antara empat hingga lima jam lagi bergantung kepada keadaan cuaca dan kekuatan angin di kawasan tersebut.
"Fokus sekarang ini adalah untuk mengawal kemerebakan api daripada memasuki kawasan taman perumahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata keadaan masa kini masih terkawal kerana kerana ada jarak yang selamat antara kawasan terbakar dengan kawasan perumahan.
Mohamad Issmanto berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA menerima panggilan kecemasan pada 4.32 petang tadi dan tiba di lokasi 14 minit kemudian.
Operasi itu diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I (KUP) Muhammad Asrull Ariffin bersama tujuh anggota telah dikerahkan ke lokasi dengan bantuan lima anggota BBP Dengkil.
"Setibanya di lokasi didapati kebakaran belukar seluas 1.2 ekar (0.49 hektar) terbakar dan telah merebak sehinga enam ekar (2.43 hektar)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#kebakaran belukar
#Salak Tinggi
#jbpm klia
#pemadaman kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan