awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2 kanak-kanak nyaris lemas, ditemui tidak sedar diri tepi kolam renang
11 stesen minyak diserang serentak di tiga wilayah selatan Thailand
Pejalan kaki maut dirempuh kereta ketika lintas lebuh raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomoh 'bantu' operasi di Belaga

Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Tunku Nashrul Tunku Abaidah
31/05/2013
23:26 MYT
Bomoh 'bantu' operasi di Belaga
Tidak cukup dengan peralatan moden yang digunakan untuk mencari dan menyelamatkan mangsa, operasi ini turut menerima 'bantuan' seorang bungan (bomoh) dari Long Amo, Sarawak.
Bungan Lato Jumam, seorang berbangsa Kayan, percaya upacara 'Tapok Teloh' boleh membantu mencari mangsa yang masih hilang.
Jelasnya mengikut kepercayaan etnik Kayan, kawasan sungai Giam Bungan dijaga oleh Lawa Abai (hantu sungai), manakala kawasan bertanah di sisir sungai dijaga oleh Laja Tiong (hantu tanah).
Bomoh Belaga
Bomoh Belaga
Jadi beliau minta tolong daripada kedua-dua hantu itu, terutamanya daripada Laja Tiong supaya jika boleh lepaskan mayat yang dipercayai masih tersangkut di kawasan sungai.
Tambahnya antara barang yang perlu disediakan dalam upacara itu ialah tembakau, sirih pinang, nasi pulut, beras, telur, tuak, arak dan kuih jala, serta seekor ayam hitam hidup.
Barang-barang tersebut disediakan untuk dua 'hidangan', masing-masing satu untuk Laja Tiong dan satu untuk Lawa Abai.
Lato menerima bantuan seorang penduduk kampung memulakan upacara dengan menyediakan kayu yang diruncingkan, dicucuk ke tanah sebelum telur diletakkan diatasnya.
Upacara dimulakan dengan bacaan mentera menyeru bantuan kedua-dua hantu itu sebelum tuak dituang ke arah tanah (tebing sungai), ke arah sungai.
Selepas itu upacara tersebut diakhiri dengan ayam hitam hidup tadi disembelih dan dibiarkan dalam sungai.
Bomoh Belaga
Bomoh Belaga
Topic Berkaitan
#Belaga
#bomoh
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan