KANGAR: Seorang lelaki yang digelar 'bomoh' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan mencuri dan melakukan pecah rumah di beberapa lokasi di sekitar negeri ini, sejak September lepas.
Salehuddin Abdul Rani, 49, didakwa atas empat pertuduhan mencuri motosikal, mesin gergaji elektrik, komputer riba, beg sandang, cakera keras luaran dan pemacu pena, masing-masing milik seorang wanita dan tiga lelaki di beberapa lokasi berbeza di sekitar Kangar antara 7.20 malam dan 3.30 pagi, pada 2 dan 5 Nov lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga didakwa bersama-sama tiga individu yang telah mengaku bersalah, melakukan pecah rumah dan mencuri beg milik seorang wanita warga emas berusia 67 tahun di sebuah rumah di Kampung Alor Redis, Jalan Wau Jala Budi di sini pada 5 pagi, 10 Sept lepas mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh didenda dan jika kesalahan itu ialah mencuri, maka tempoh penjara boleh dilanjutkan hingga 14 tahun dan bagi mana-mana satu kesalahan itu dilakukan kali kedua atau kemudian boleh juga dikenakan denda atau sebat.
Majistret Ana Rozana Mohd Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin bagi kelima-lima pertuduhan dan menetapkan 26 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ab Rashid manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Alif Farhan Mohamad Supian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Seorang lelaki yang digelar 'bomoh' mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencuri dan melakukan pecah rumah di beberapa lokasi di Kangar. - Gambar hiasan
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
'Bomoh' mengaku tidak bersalah tuduhan curi, pecah rumah
Seorang lelaki yang digelar 'bomoh' mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencuri dan melakukan pecah rumah di beberapa lokasi di Kangar.
Bomoh didakwa rogol gadis hingga hamil
Seorang bomoh didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap gadis berusia 15 tahun sehingga mengandung, tahun lalu.
Alasan buang 'pendamping', bomoh rogol pelajar empat kali
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat dicabul dan dirogol sebanyak empat kali oleh seorang bomoh yang mendakwa terdapat 'pendamping' pada badan mangsa.
Bomoh didakwa cabul pesakit
Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dakwaan mencabul kehormatan seorang wanita dalam kejadian pada 26 Jun lalu.
Bomoh warga emas nafi cabul pesakit
Mangsa mendakwa diarah berkemban dan mandi sebelum tertuduh memulakan proses rawatan sehingga cuba meraba alat sulit wanita berkenaan.
Bomoh didakwa rogol bakal pengantin
Tertuduh didakwa merogol seorang wanita yang berusia 23 tahun dengan menggunakan kedudukan sebagai pengamal perubatan.
Seorang bomoh ditahan, disyaki rogol wanita ketika rawatan tradisional
Dalam kejadian itu, mangsa bersama ibu dan bakal suaminya, telah ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional.
Lelaki saman bomoh selepas gagal pulihkan masalah rumah tangga
Dalam memfailkan saman tersebut, Restrepo mahu Adams membayar ganti rugi sebanyak AS$25,000.
Remaja perempuan dakwa dicabul bomoh ketika rawatan
Seorang remaja perempuan mendakwa dicabul pengamal perubatan ketika menerima rawatan di rumah keluarganya di Pasir Tumboh, dekat sini, dalam satu kejadian 2 Ogos lalu.
Polis siasat bomoh didakwa dipukul sekumpulan lelaki
Polis Kelantan mengesahkan menerima satu laporan melibatkan seorang bomoh berusia 39 tahun yang mendakwa dipukul sekumpulan lelaki berkaitan isu 'Sihir 7 Keturunan'.