Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada sejumlah 3,600 penjawat awam negeri.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pembayaran bonus itu akan dibuat pada Rabu depan bagi meringankan beban penjawat awam untuk membuat persiapan bagi menyambut lebaran yang bakal diraikan minggu depan.
"Pemberian bonus ini akan melibatkan sejumlah RM3.6 juta dan semoga bantuan khas ini dapat membantu dalam persiapan perayaan kali ini," katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam di sini hari ini.
Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Law Choo Kiang, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P. Ramasamy, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus dan semua barisan exco kerajaan negeri.
Beliau turut berterima kasih kepada semua penjawat awam negeri atas kerjasasama dan kepercayaan yang diberikan kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri yang baharu.
"Saya dan barisan kepimpinan kerajaan negeri turut mengharapkan jalinan kerjasama yang serupa malahan lebih baik lagi dapat diberikan oleh para penjawat awam negeri demi memastikan kita terus menjadi sebuah negeri yang terbaik dari segi pembangunan dan infrastruktur namun masih selesa dan selamat untuk didiami," katanya.
Sementara itu ditanya mengenai pemansuhan tol Jambatan Pulau Pinang, Chow berkata pemansuhan tol adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata kerajaan Pulau Pinang sedang dalam usaha untuk menunaikan janji dalam Manifesto Pilihan Raya Umum Pakatan Harapan Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 05 2018
Kira-kira 3,600 kakitangan awam akan menerima bonus yang diumumkan ketua menteri itu pada Rabu. - Gambar fail
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.