awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"It’s a girl!" - Ayda Jebat dan Nabil Mahir umum jantina anak ketiga
Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini
Drama ‘Bad Cop’ papar aksi mendebarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam di perairan Langkawi: Radius operasi carilamat diperluas

Sinar Harian
Sinar Harian
11/11/2025
02:10 MYT
Bot karam di perairan Langkawi: Radius operasi carilamat diperluas
Radius pencarian diperluaskan kepada keluasan 272.78 batu nautika persegi. - Gambar fail/BERNAMA
LANGKAWI: Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) insiden bot karam yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan sempadan Malaysia–Thailand memasuki hari ketiga pada Selasa dengan radius pencarian diperluaskan kepada keluasan 272.78 batu nautika persegi.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu kenyataan berkata, operasi disambung semula seawal jam 7.30 pagi melibatkan pelbagai aset daripada lima agensi keselamatan negara.
Antara aset yang digerakkan termasuk lima aset Maritim Malaysia iaitu KM Siangin selaku On-Scene Commander (OSC), Petir 81, Perkasa 1226, Benteng 07 dan pesawat CL 415 – SUMS.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyumbang tiga aset termasuk PSC 19, PSC 23 dan pesawat Beechcraft KingAir 350 milik Pasukan Gerakan Udara (PGU).
Turut serta dalam operasi ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan aset FCB 1331, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan bot Kevlar, serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang menggerakkan bot RIB.
Terdahulu, media melaporkan sebanyak lima lagi mayat telah ditemukan pada Ahad, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 18 orang.
Jumlah tersebut termasuk enam mayat yang dijumpai oleh pihak berkuasa Thailand.
Kesemua mangsa dipercayai merupakan PATI yang menaiki bot tersebut sebelum ia karam di perairan berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bot karam
#pendatang asing
#Langkawi
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami