awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam: Mayat pembantu tekong ditemui lemas

Afiezul Samit
Afiezul Samit
06/10/2021
15:51 MYT
Bot karam: Mayat pembantu tekong ditemui lemas
Mayat itu kemudian dibawa oleh pasukan penyelamat ke jeti Telaga Air dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Gambar/ Astro AWANI
KUCHING: Pembantu tekong yang dilaporkan hilang dalam insiden bot karam di perairan Pulau Satang di sini Sabtu lepas ditemui lemas petang tadi pada jarak 3.7 batu nautika dari lokasi kejadian.
Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata pihaknya menerima panggilan daripada bot pemancing yang melakukan pencarian memaklumkan penemuan satu objek disyaki mayat dalam keadaan terapung pada 4.22 petang.
Beliau berkata mayat itu kemudian dibawa oleh pasukan penyelamat ke jeti Telaga Air dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
BACAL: Bot karam: Berpantang maut sebelum ajal, 9 daripada 10 mangsa syukur ditemui
"Pengesahan mayat telah dilakukan oleh pasukan forensik PDRM (Polis Diraja Malaysia) bersama waris di Hospital Umum Sarawak dan turut menemukan kad identiti pada mangsa.
"Identiti mayat disahkan sebagai Awang Omar Awang Hamsawi, 59, mangsa terakhir tragedi bot tersebut," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Sabtu lepas, sembilan daripada 10 pemancing, yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam pada kedudukan kira-kira dua batu nautika dari perairan Pulau Satang, berjaya diselamatkan oleh komuniti nelayan di sekitar Pulau Satang Besar pada kira-kira 1 pagi (Ahad) manakala seorang pembantu tekong masih belum ditemukan.
Topic Berkaitan
#bot karam
#Pulau Satang
#Sarawak
#pemancing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan