Tiga termasuk pemilik bot pelancong katamaran yang karam ketika membawa pelancong China ke Pulau Mengalum ditahan polis petang ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, pemilik bot itu iaitu lelaki tempatan berumur 44 tahun, ditahan di sekitar Kota Kinabalu kira-kira pukul 4 petang bagi membantu siasatan ke atas insiden itu.
"Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas pemilik bot kerana polis mendapati pemilik yang juga pengurus bot pelancong itu tidak mengikuti aturan yang betul, termasuk membawa penumpang melebihi kapasiti bot.
"Polis juga akan menyiasat jika wujud faktor kecuaian sehingga menyebabkan kematian," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan kes itu di sini hari ini.
Selain pemilik bot itu, Ramli berkata polis turut mendapat perintah reman sehingga 2 Feb ini ke atas dua kru bot yang diselamatkan semalam bagi membantu siasatan.
Beliau turut memaklumkan hanya 27 pelancong China menaiki bot tersebut - bukan 28 seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Menurutnya, seorang pelancong lelaki dikenalpasti sebagai Li Qun, 33, bersama keluarganya telah mendaftar untuk menaiki bot berkenaan untuk melawat Pulau Mengalum.
"Bagaimanapun, pelancong itu dan keluarganya telah membatalkan hasrat mereka itu setelah melihat bot itu sarat dengan penumpang.
"Bagaimanapun, namanya masih tertera dalam senarai daftar penumpang sedangkan nama anggota keluarganya telah dipadamkan," jelasnya.
Ramli menambah operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masih dijalankan kini tertumpu kepada pencarian empat pelancong China dan seorang kru dan polis akan terus menyiasat jika terdapat pelancong dalam senarai daftar penumpang itu, tetapi tidak menaiki bot berkenaan.
Beliau juga berkata tiga pasukan siasatan telah ditubuhkan untuk kes itu - satu pasukan bagi menyiasat laporan mati mengejut dan satu pasukan perhubungan (liaison team), yang mana polis melantik seorang pegawai bagi satu mangsa untuk melihat kebajikan mangsa.
"Pasukan ketiga yang ditubuhkan ialah pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Sabah bagi menyiasat unsur cuai yang menyebabkan kematian di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan," katanya.
Mengenai 20 mangsa yang diselamatkan, Ramli berkata 12 daripadanya dalam keadaan stabil tetapi keletihan, manakala lapan mengalami kulit melecur dan mengelupas, kaki bengkak dan kesukaran untuk berjalan dan semua mereka mendapat perhatian perubatan Hospital Queen Elizabeth di sini.
Bagi tiga mangsa yang mati pula, beliau berkata bedah siasat sedang dilakukan.
Bot jenis katamaran itu yang membawa tiga anak kapal dan 27 pelancong dari China dipercayai karam disebabkan angin kencang dan ombak besar pada 10 pagi Sabtu, sejam selepas mereka meninggalkan jeti Tanjung Aru di sini menuju Pulau Mengalum, destinasi pelancong kira-kira 56 kilometer ke barat laut Kota Kinabalu.
Semalam, dua kru dan 20 pelancong warga China diselamatkan di perairan Semarang dekat Labuan, manakala tiga lagi pelancong China terkorban dalam tragedi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2017
RAMLI: Tiga termasuk pemilik bot pelancong katamaran yang karam ketika membawa pelancong China ke Pulau Mengalum ditahan polis petang ini. - fotoBERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Bot karam di Sabah: Empat yang terselamat kembali ke China pagi ini
Empat pelancong daripada 20 yang terselamat tragedi bot katamaran karam di perairan Sabah 28 Jan lepas kembali ke China pagi tadi, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.
Bot pelancong karam di Sabah: Tekong dipenjara enam bulan
Tekong bot pelancong yang karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum pada 28 Jan lalu, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen.
Mangsa bot karam dirawat di hospital - Pengarah Kesihatan Sabah
Kesemua 20 pelancong China yang terselamat dalam tragedi bot pelancong karam pada 28 Jan lalu masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth di sini.
Bot karam: Objek putih terapung dikesan di perairan Labuan
Anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam mangsa bot karam yang masih hilang di Sabah, mengesan satu objek berwarna putih terapung di kawasan perairan Semarang, Labuan.
Jabatan Laut tubuh pasukan khas siasat tragedi bot karam di Pulau Mengalum
Jabatan Laut Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat tragedi bot karam di Pulau Mengalum, Kota Kinabalu, Sabah, Sabtu lalu.
Tragedi katamaran: "Harapkan keajaiban temui mangsa dalam keadaan hidup"
Agensi mencari dan menyelamat mengharapkan keajaiban untuk menemui enam lagi mangsa bot karam di kawasan perairan Pulau Mengalum dalam keadaan hidup, jika mereka masih gagal ditemui hari ini.
Mangsa tragedi katamaran akan dirawat seminggu lagi - Pengarah QEH1
Semua 20 pelancong China yang diselamatkan dalam tragedi bot karam Sabtu lalu dijangka dirawat di Hospital Queen Elizabeth 1 untuk sekurang-kurangnya seminggu lagi.
Kebanyakan mangsa bot karam masih trauma - Polis
Kebanyakan mangsa bot pelancong jenis katamaran, yang karam di perairan Sabah pada Sabtu lepas, masih mengalami trauma, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.
Bot karam: Tiga termasuk pemilik katamaran ditahan
Tiga termasuk pemilik bot pelancong katamaran yang karam ketika membawa pelancong China ke Pulau Mengalum ditahan polis petang ini.