Bot tempur CB204 yang berjaya ditemui petang semalam setelah dilaporkan hilang lebih 30 jam di Perairan Mengalum, Sabah, akan ditunda ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota
Kinabalu, jika cuaca mengizinkan.
Penglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar berkata jika operasi menunda itu dilaksanakan hari ini, CB204 akan tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar, esok, pada kira-kira 8 pagi.
"KD Lekiu telah diarah ke lokasi bot dan dijangka tiba 4 pagi hari ini (Selasa). Bot CB204 akan ditunda jika cuaca mengizinkan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, awal hari ini.
Bot tempur yang dinaiki tujuh kru belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad untuk melaksanakan penggiliran tugas dengan bot yang beroperasi di Gugusan Semarang Peninjau, Pulau Layang-layang, sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus pada 11.15 pagi.
Tujuh anak kapal bot itu ialah Lt Azri Bakar, BK PAP Charles Cristopher Muni, BM TMK Ince anak Ewin, BM TMK Steven Hudson anak Miso, BM JTP Nor Azuan Ariffin, LK KOM Sulhajji Daah dan LK I PAP Azhry Maani.
Bot tempur itu dikesan kira-kira 30 batu nautika ke timur Pulau Layang-layang selepas komunikasi sehala antara pasukan mencari dengan anak kapal bot berkenaan pada 4.15 petang semalam.
Kesemua tujuh anak kapal bot dalam keadaan selamat namun kelaparan.
Bot tempur berkenaan berjaya dirapati KD Sri Ganas pada 7.12 malam semalam pada kedudukan 50 batu nautika di timur Pulau Layang-Layang.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menggunakan aset laut dan udara membawa kepada pengesanan bot berkenaan apabila KD Ganas berjaya memintas panggilan kecemasan melalui Radio Maritim.
Mohammad Rosland berkata kerjasama erat dan profesionalisme pelbagai agensi, perkhidmatan dan syarikat awam dalam operasi SAR telah membawa kepada penemuan bot CB204.
Bernama
Tue Oct 07 2014
Bot tempur CB204 yang berjaya ditemui petang semalam akan ditunda ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, jika cuaca mengizinkan. -Gambar fail
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Hanyut 30 jam tidak luntur semangat untuk terus kawal perairan negara
Sebagai anggota TLDM, sudah menjadi kewajiban mereka untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan pada setiap masa, kata Lt Azri Bakar.
CB204: 'Kami berjaga sepanjang malam, tunggu komunikasi kapal lain' - Azri
"Kami cuba buat perhubungan kepada kapal-kapal. Tidak ada satu pun kapal sepanjang malam itu yang menyahut 'panggilan' kami...sepanjang malam itu juga hujan turun dengan lebat."
Lima kru bot tempur CB204 selamat tiba
Selepas lebih 72 jam berdepan ombak kuat dan cuaca buruk di tengah lautan termasuk hilang hampir 28 jam, lima kru bot tempur CB204 selamat tiba di Pangkalan TLDM tengah hari tadi.
CB204: Sambal goreng emak untuk Azri - Isteri
Isteri Azri Bakar menyifatkan kepulangan suaminya benar-benar mengubat kerinduan dan menghilangkan kerisauannya selama ini.
Bot tempur CB204 dijangka tiba di Kota Kinabalu tengah hari ini
Bot tempur CB204 dijangka tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada 1 tengah hari ini.
Bot tempur CB204 dijangka tiba di TLDM KK 11 pagi hingga 7 malam esok
Bot tempur CB204 dijangka tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu antara 11 pagi hingga 7 malam esok.
Saya tidak sabar tunggu esok - bapa Azri
Bapa salah seorang anggota TLDM di dalam bot tempur CB204 yang hilang pada Ahad dan berjaya ditemui petang Isnin, Lt. Azri Bakar menyatakan tidak sabar menunggu hari esok untuk bertemu anaknya.
CB204: Panglima TLDM, pasukan SAR terima pujian di media sosial
Garis masa Twitter dipenuhi pujian kepada Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan anggota pasukan SAR yang berjaya dalam misi menyelamat bot tempur CB204 yang hilang sejak Ahad.
Bot tempur CB204 akan ditunda ke TLDM Kota Kinabalu jika cuaca mengizinkan
Bot tempur CB204 yang berjaya ditemui petang semalam akan ditunda ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, jika cuaca mengizinkan.
'Ya Allah, janganlah perkara buruk berlaku pada Azri' - Bapa
Bapa salah seorang anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lt. Azri Bakar berdoa dan berharap tidak ada perkara buruk menimpa anaknya yang hilang sejak pagi Ahad di Sabah.