awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot tempur TLDM dikhuatiri hilang di perairan Sabah

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2014
23:19 MYT
Bot tempur TLDM dikhuatiri hilang di perairan Sabah
Pada jam 5.11 petang, KD PAUS telah gagal berkomunikasi dengan bot tempur TLDM CB 204 -Gambar Fail
Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan sebuah bot tempur CB 204 milik TLDM hilang dalam cuaca buruk di perairan Sabah pada Ahad.
Bot tempur itu dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau kira-kira pukul 1.05 petang.
Posisi terakhir bot tempur berkenaan adalah di 20 batu nautika ke timur laut Pulau Mengalum.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi ini, Tan Sri Abdul Aziz mengesahkan kejadian dan memaklumkan terdapat tujuh orang krew yang diketuai Leftenan Azri Bakar berada di atas bot tempur itu.
Operasi mencari kini diteruskan mengikut prosedur sedia ada, katanya lagi.
Terputus hubungan ketika diiringi KD PAUS dlm laut bergelora"@501Awani: Bot tempur TLDM dilaporkan terputus hubungan di perairan Sabah
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 5, 2014
Bot CB90 yg terputus hubungan ialah bot no pennant CB204 dianggotai 7 anggota, dan diketuai oleh Lt Azri bin Bakar.
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 5, 2014
CB204: 3 kapal TLDM KD Lekiu, KD PAUS dan KD Serang telah ditugaskan dalam Op SAR. TUDM dan APMM turut membantu dalam Op SAR ini.
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 5, 2014
CB204: Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan Bot dan Warganya.
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 5, 2014
KD PAUS telah ditugaskan untuk mengiringi CB 204 dan bertolak dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) pada jam 5.05 pagi Ahad.
Pada pukul 10.30 pagi, Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2 (MWL 2) menerima panggilan dari KD PAUS memaklumkan bahawa kapal dan bot tempur itu akan berpatah balik ke Pangkalan akibat cuaca buruk.
Namun pada pukul 1.05 petang, kapal KD PAUS gagal berkomunikasi dengan bot tersebut.
KD PAUS turut melancarkan pencarian antara Pulau Mengalum dan Pulau Gaya tetapi gagal ditemui.
KD Serang dan KD Lekiu turut ditugaskan untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat.
Pulau Mengalum
Pulau Mengalum
Topic Berkaitan
#Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2
#bot tempur
#CB 204
#KD PAUS
#Tentera Laut Diraja Malaysia
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan