awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot terbakar di Mersing, 20 nelayan asing diselamatkan - Maritim

Aiman Hakeem Awazmin
Aiman Hakeem Awazmin
05/08/2022
08:34 MYT
Bot terbakar di Mersing, 20 nelayan asing diselamatkan - Maritim
Kejadian berlaku di kedudukan 13.7 batu nautika timur laut Kuala Endau, Pahang sekitar jam 9.30 malam. - Foto Maritim
MERSING: 20 nelayan asing berdepan detik cemas selepas bot yang dinaiki mereka terbakar dalam satu kejadian di perairan Kuala Endau, di sini, malam semalam.
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, kejadian berlaku di kedudukan 13.7 batu nautika timur laut Kuala Endau, Pahang sekitar jam 9.30 malam.
Katanya, insiden kebakaran melibatkan 20 orang mangsa yang terdiri daripada kru warganegara Laos.
"Zon Maritim Mersing telah mengatur gerak bot ronda kelas Perkasa ke lokasi kejadian dan mendapati kesemua 20 mangsa telah diselamatkan terlebih dahulu.
"Mangsa diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang berada berhampiran lokasi kejadian.
"Kesemua 20 lelaki warganegara Laos yang terselamat tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mangsa-mangsa telah dibawa ke Pos Maritim Teluk Gading untuk diserahkan kepada majikan mereka untuk tindakan selanjutnya.
"Mangsa memaklumkan kejadian dipercayai berpunca dari kebakaran di bahagian enjin dan merebak ke semua bahagian bot," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Mangsa-mangsa telah dibawa ke Pos Maritim Teluk Gading untuk diserahkan kepada majikan mereka untuk tindakan selanjutnya. - Foto Maritim
Mangsa-mangsa telah dibawa ke Pos Maritim Teluk Gading untuk diserahkan kepada majikan mereka untuk tindakan selanjutnya. - Foto Maritim
Jelasnya, kebakaran itu mengakibatkan bot nelayan terbabit musnah 80 peratus.
Tambah Khairul, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka merupakan pekerja sah dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Topic Berkaitan
#bot terbakar
#Mersing
#maritim
#nelayan asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan