awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot terbalik, nelayan dipercayai dibaham buaya

Fadhil Selihin
Fadhil Selihin
13/05/2023
06:09 MYT
Bot terbalik, nelayan dipercayai dibaham buaya
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang digerakkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Jabatan Hidupan Liar Sabah. - Gambar hiasan
LAHAD DATU: Sekurang-kurangnya seorang nelayan dikhuatiri dibaham buaya selepas bot dinaiki terbalik di pantai Kampung Makuau, Tungku, di sini, Jumaat malam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu pada jam 10.28 malam.
Jelasnya, jumlah sebenar mangsa yang terlibat dalam kejadian itu belum dapat disahkan.
"Menurut saksi di tempat kejadian, dia terdengar suara orang meminta tolong dari arah pantai.
"Apabila pengadu keluar dan menyuluh lampu ke arah pantai, dia ternampak sebuah bot telah terbalik dan kelihatan seekor buaya melibaskan ekornya.
"Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilancarkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Jabatan Hidupan Liar Sabah," katanya.
Topic Berkaitan
#nelayan maut
#serangan buaya
#Lahad Datu
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan