awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
15/02/2025
05:40 MYT
Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas
Pencarian mangsa edang dijalankan menggunakan teknik water surface membabitkan dua buah bot dari BBP Jasin Bestari dan orang awam. - Foto JBPM Melaka
JASIN: Seorang pemuda dikhuatiri lemas manakala tiga lagi ahli keluarganya terselamat selepas bot digunakan mereka untuk menjala ikan terbalik di Loji Lanchang, Kampung Lanchang, Jasin, pagi tadi.
Komander Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Pegawai Bomba Kanan I Abdillah Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.36 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Jasin Bestari dikejarkan ke lokasi.
“Kita gerakkan 12 anggota awal dan setibanya di lokasi, tiga daripada mangsa iaitu seorang lelaki berusia 42 tahun, wanita berusia 35 tahun dan kanak-kanak lelaki 10 tahun berjaya diselamatkan orang awam.
“Bagaimanapun setakat ini seorang mangsa iaitu pemuda berusia 21 tahun masih hilang dan operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, tiga mangsa yang selamat telah diberikan rawatan awal oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.
Tambahnya, pencarian mangsa yang belum dijumpai sedang dijalankan menggunakan teknik water surface membabitkan dua buah bot dari BBP Jasin Bestari dan orang awam.
Topic Berkaitan
#bot terbalik
#Jasin
#pemuda dikhuatiri lemas
#Bomba Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan