awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot terbelah dilanggar paus jerung, lima nelayan selamat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
04/01/2024
09:16 MYT
Bot terbelah dilanggar paus jerung, lima nelayan selamat
Kesemua nelayan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian berkenaan. - Gambar/ Maritim Malaysia
LANGKAWI: Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot mereka dilanggar sekumpulan paus jerung sebelum karam berhampiran Pulau Balar, di sini, petang Rabu.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi telah menerima maklumat daripada aduan awam MERS 999 pada jam 7.30 petang.
“Kesemua kru bot yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 58 tahun itu berjaya diselamatkan oleh bot nelayan yang berada berhampiran.
“Mangsa memaklumkan bot mereka telah terbelah dua akibat dilanggar oleh sekumpulan paus jerung yang berada di kawasan tersebut.
“Kesemua mereka dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Romli berkata, komuniti maritim diingatkan supaya sentiasa memakai jaket keselamatan ketika berada di laut dan digalakkan membawa Personal Locator Beacon (PLB) sebagai alat keselamatan sekiranya berlaku kecemasan.
Katanya, sebarang laporan mengenai aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalur melalui talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (04-9602750) atau talian kecemasan MERS 999.
Topic Berkaitan
#bot nelayan karam
#jerung paus
#Langkawi
#nelayan selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan