awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BR1M: Tun M tidak mahu mengaku salah

Bernama
Bernama
15/01/2017
10:29 MYT
BR1M: Tun M tidak mahu mengaku salah
OTHMAN: Dr Mahathir dilihat tidak mahu mengaku salah walaupun telah mengubah pendiriannya mengenai BR1M yang sebelum ini dilabelnya rasuah. - Gambar fail
Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak mahu mengaku salah walaupun telah mengubah pendiriannya mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sebelum ini dilabel oleh beliau sendiri sebagai satu bentuk rasuah dan haram.
Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Othman Aziz berkata, ini kerana kenyataan Dr Mahathir yang mahu mengekalkan BR1M sekiranya parti campuran pembangkang memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang, jelas menunjukkan BR1M memberi manfaat kepada rakyat.
"Kita sangat sedih apabila Tun M sebelum ini mempolemikkan BR1M sehingga menimbulkan kekeliruan kepada rakyat," katanya selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Kedah di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.
Dr Mahathir dilapor mengeluarkan kenyataan itu pada Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.
Othman berkata, BR1M sebenarnya bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya bantuan yang diberikan kepada rakyat yang memerlukan, sama seperti duit ihsan yang diberi FELDA kepada para peneroka dan Bantuan Awal Persekolahan yang diberikan Kementerian Pendidikan kepada ibu bapa.
Justeru, beliau turut menasihati penerima BR1M supaya bijak menggunakan bantuan yang diterima dengan melaburkannya pada agensi yang bersesuaian agar mendapat pulangan lain, selain tidak boros berbelanja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BR1M
#Datuk Othman Aziz
#PPBM
#PRU
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan