awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brek tidak berfungsi, lori langgar empat kereta

Bernama
Bernama
24/02/2022
06:35 MYT
Brek tidak berfungsi, lori langgar empat kereta
Lori tersebut yang datang dari arah Banting ke Klang mengalami masalah brek lalu mengelak ke kanan dan terlanggar empat buah kereta. - Facebook Info Kemalangan Jalan Raya & Isu Semasa
SHAH ALAM: Sebuah lori, dipercayai mengalami masalah brek tidak berfungsi, telah melanggar empat buah kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jenjarom, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata insiden yang turut tular di Facebook itu, bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.
Katanya, lori tersebut yang datang dari arah Banting ke Klang mengalami masalah brek lalu mengelak ke kanan dan terlanggar empat buah kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat persimpangan Jenjarom.
"Lori itu berjaya dihentikan selepas persimpangan lampu isyarat menghala ke Kampung Jenjarom.
"Kelima-lima pemandu kenderaan yang terlibat telah membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang awam yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Nur Hayati Mohd Zubel di talian 013-6444350 atau 03-31872222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lori langgar kereta
#brek rosak
#kemalangan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan