JOHOR BAHRU: Projek Bas Alihan Cepat Iskandar Malaysia (IMBRT) akan mencapai fasa seterusnya yang melibatkan program ujian rintis selama tiga bulan.
Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata ujian rintis itu akan juga melibatkan penyertaan sembilan pembekal bas bagi pelaksanaan demonstrasi teknologi bas hijau terkini meliputi elektrik dan biodiesel.
Beliau berkata ia akan dijalankan oleh IRDA di sepanjang laluan Lebuhraya Sultan Iskandar di antara Horizon Hill dengan Anjung di Medini mulai 8 April.
"Pembekal ini akan mengetengahkan bas bersaiz enam meter, 12 meter dan 32 meter. Satu kajian juga akan dilaksanakan oleh Institut Pengangkutan Malaysia untuk menilai prestasi sistem alihan cepat automatik, terutama melibatkan keupayaan belok, mudah dikendalikan dan pertukaran laluan.
"Bas-bas bersaiz enam meter akan melalui penilaian kebolehlaksanaan laluan penghantar selain tempoh hayat bateri (bagi setiap perjalanan) untuk bas elektrik," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Ismail berkata program itu akan menjadi satu pencapaian penting bagi IMBRT memandangkan projek tersebut dilaksanakan pada tahap maksimum.
"Infrastruktur pengangkutan awam yang cekap dan bersepadu merupakan pemangkin untuk menarik pelaburan asing dan domestik ke wilayah ini bagi menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi.
"Kami yakin sistem IMBRT akan mempertingkatkan mobiliti penduduk menerusi penyediaan kesambungan dan akses menyeluruh di Iskandar Malaysia," katanya.
IMBRT, yang ditetapkan sebagai tulang belakang pengangkutan awam di Iskandar Malaysia, bermatlamat untuk memperluas liputan pengangkutan awam di wilayah itu daripada 39 peratus kepada 90 peratus selain meningkatkan bahagian mod pengangkutan awam daripada 15 peratus kepada 40 peratus pada 2025.
IMBRT akan menyediakan 55 perkhidmatan penghantar dan 44 perkhidmatan terus, menjadikan liputan rangkaian keseluruhan seluas 2,051 kilometer atau hampir 90 peratus daripada kawasan berpenduduk di Iskandar Malaysia.
Laluan utama bagi IMBRT adalah sepanjang 54.92 kilometer melalui Skudai, Tebrau dan Iskandar Puteri.
Projek itu merangkumi 33 stesen, dengan satu hab di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Laluan Skudai.
Laluan utama akan mempunyai dua stesen akhir iaitu di Desa Jaya melalui Laluan Tebrau dan di Anjung menerusi Laluan Iskandar Puteri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 17 2021

Ismail berkata ujian rintis itu akan juga melibatkan penyertaan sembilan pembekal bas bagi pelaksanaan demonstrasi teknologi bas hijau terkini - Facebook IMBRT

Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000
Seorang warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan mengemukakan borang bantuan banjir yang mengandungi butiran palsu, tahun lepas.

Siti Nordiana ‘hilang suara’, kes saman ditangguhkan
Prosiding kes saman Siti Nordiana Alias terhadap lima individu termasuk dua artis iaitu Lan Solo dan Syura, ditangguhkan selepas penyanyi itu hilang suara.

Adam Radlan berdepan enam lagi kes AMLA
Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah, kerajaan berharap
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
AWANI Ringkas: SPRM sedia beri justifikasi | Agihan subsidi perlu pendekatan baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Curi Honda City di pusat cuci kenderaan, lelaki dipenjara setahun
Seorang lelaki yang tular mencuri sebuah kereta jenis Honda City Hatchback di premis cuci kenderaan minggu lalu, dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
Keputusan rayuan Isa Samad pada 31 Januari 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Januari tahun depan, untuk menyampaikan keputusan dalam rayuan yang dikemukakan oleh bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.
Fahamkan rakyat tentang IDN dan e-invois - YB Arau
"Kita minta supaya kerajaan terang kepada rakyat, banyak yang tak faham, beri faham dahulu baru kita laksanakan," kata YB Arau.
"Sistem e-invois akan diperkenalkan pada 1 Januari 2024, sempatkah rakyat Malaysia difahamkan dan buat persediaan?" tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"Sistem e-invois akan diperkenalkan pada 1 Januari 2024, sempatkah rakyat Malaysia difahamkan dan buat persediaan?" tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat

Agong, Putera Albert II lawat pusat konservasi Harimau Malaya, gajah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Monaco Putera Albert II berkenan melawat dua pusat konservasi haiwan yang terletak di Lanchang.

Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli
Budaya peniaga yang menjual produk merokok, seperti rokok elektronik atau vape kepada pembeli tanpa mengira umur, menyukarkan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan pembelian.

Isu yang membelenggu BSI, KSAB akan diatasi hujung September - MB Johor
Semua isu di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri, dijangka dapat diatasi selewat-lewatnya hujung September ini.

BRT Iskandar Malaysia akan lalui ujian rintis selama tiga bulan - IRDA
Projek Bas Alihan Cepat Iskandar Malaysia (IMBRT) akan mencapai fasa seterusnya yang melibatkan program ujian rintis selama tiga bulan.