awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buat janji temu sebelum berurusan di Jabatan Imigresen Sabah

Bernama
Bernama
13/05/2020
20:41 MYT
Buat janji temu sebelum berurusan di Jabatan Imigresen Sabah
Jabatan Imigresen Sabah menasihati orang awam supaya membuat permohonan menerusi Sistem Temujanji Online (STO) terlebih dahulu sebelum berurusan di semua perkhidmatan kaunter jabatan itu di seluruh negeri.
Jabatan Imigresen Sabah menasihati orang awam supaya membuat permohonan menerusi Sistem Temujanji Online (STO) terlebih dahulu sebelum berurusan di semua perkhidmatan kaunter jabatan itu di seluruh negeri.
Pengarah Imigresen Sabah Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata perkhidmatan kaunter di jabatan itu telah dibuka semula dan individu yang ingin berurusan perlu membuat permohonan secara dalam talian terlebih dahulu sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Beliau berkata permohonan STO itu boleh dibuat menerusi pautan http://sto.imi.gov.my/e-temujanji dan orang awam diminta untuk hadir bersama slip pengesahan janji temu berkenaan.
"Orang awam yang hadir berurusan di Pejabat Imigresen Sabah juga dinasihatkan mematuhi pelaksanaan protokol keselamatan dan kesihatan dalam norma baharu bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19.
"Semua pelanggan wajib diambil bacaan suhu badan sebelum berurusan, wajib memakai pelitup muka, mematuhi penjarakan sosial, dan menggunakan cecair pembasmi kuman," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Muhamad Sade berkata permohonan pasport secara 'walk-in' bagi urusan rasmi seperti belajar atau bekerja di luar negara sahaja dibenarkan, manakala bagi melancong dan pembaharuan pasport tanpa tujuan adalah tidak dibenarkan.
"Perkhidmatan Bahagian Pekerja Asing turut dibuka semula melibatkan Lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara yang telah tamat tempoh sahaja serta permohonan di bawah program regularisasi yang telah mendapat kelulusan kuota dan mempunyai pasport," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan awam
#Jabatan Imigresen Sabah
#keselamatan
#Muhamad Sade Mohamad Amin
#permohonan
#Sistem Temujanji Online
#STO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan