Berikut surat terbuka Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat Malaysia yang akan mengundi pada pilihan raya umum ke-13, Ahad ini.
Rakyat Malaysia dikasihi,
Hari ini negara tercinta Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan. Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan, serta 13 juta warga Malaysia yang lain terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai siapakah yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
Empat tahun yang lalu merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil kerjasama semua, meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk pertumbuhan berterusan, meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk meringankan beban kehidupan rakyat, merangsang penciptaan peluang pekerjaan yang mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua.
Ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi kami, parti yang diberikan amanah sebagai kerajaan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Dalam sesetengah perkara kami perlu mengambil keputusan yang perit tetapi perlu. Dalam keadaan ini, kami tidak bertindak sebagai ahli politik populis tetapi sebaliknya bertindak setelah mengkaji secara teliti kesan jangka panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja terhadap generasi hari ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami tidak rela mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita.
Setelah melalui proses mendengar, merundingi serta memperoleh input daripada semua pihak, kami telah merangka pelan yang kami yakin terbaik untuk semua rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang malahan sehinggga tahun 2020.
Sesungguhnya Tuan-Tuan dan Puan-Puan mampu merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang telah saya dan rakan-rakan lakukan setakat ini. Berikanlah kami Kerajaan Barisan Nasional peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan anak-anak kita serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta makmur.
Berilah kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi meneruskan usaha bakti buat Malaysia dan seluruh rakyatnya.
PRU kali ini perlulah ditentukan bersandarkan menepati janji, mendukung harapan dan kebolehpercayaan. Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah, memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan.
Demi anak-anak Malaysia, fikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan kerana pilihan tuan-tuan dan puan-puan akan mempunyai kesan yang amat besar untuk masa hadapan kita.
Undi tuan-tuan dan puan-puan sewajarnya menjadi UNDI untuk Malaysia yang maju dan progresif, UNDI untuk Malaysia yang menuju transformasi politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh, Malaysia di mana kita semua dapat hidup dengan bangga dan bermaruah di bawah payung falsafah 1Malaysia.
Yang ikhlas,
Najib Razak
Pengerusi Barisan Nasional
Bernama
Fri May 03 2013
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.