BAGAN SERAI: Seekor buaya jantan sepanjang lima meter (15 kaki) seberat kira-kira 400 kilogram, ditemukan mati terapung oleh penduduk kampung di sungai di Kampung Teluk Peribu petang semalam.
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Sharif berkata buaya jantan itu yang ditemui terapung kira-kira jam 4 petang semalam itu dipercayai telah mati dalam dua hingga tiga hari sebelum ditemukan terapung oleh penduduk.
Beliau berkata ketika ditemui, badan haiwan ini sudah mereput dan giginya juga telah luruh dan percaya ia mati kerana faktor usianya yang tua.
"Bangkai buaya itu telah ditarik naik ke daratan dengan menggunakan traktor penduduk setempat, setelah cubaan menarik mengunakan kenderaan gagal kerana berat haiwan itu.
"Kita telah menanam bangkai haiwan itu pada malam tadi bagi mengelakkan pencemaran," katanya.
Sementara itu Mohamad Norlishazany Rosli, 24, yang menemui bangkai buaya tersebut berkata, beliau pada mulanya menyangkakan objek besar yang dilihatnya terapung dan tersangkut pada tumbuhan air itu merupakan pohon kayu yang hanyut.
Bagaimanapun selepas diamati barulah disedari ia seekor buaya dan terus menghubungi rakannya untuk pergi melihatnya menggunakan sampan secara dekat.
"Setelah sampai ke tempat buaya itu didapati ia sudah mati lalu kami mengambil tali untuk mengikat bangkai buaya berkenaan untuk menariknya ke tepi tebing sungai.
"Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di sini telah menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kuala Gula untuk memaklumkan penemuan bangkai buaya itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021
Buaya jantan sepanjang lima meter dan seberat kira-kira 400 kg yang ditemukan mati terapung di sungai di Kampung Teluk Peribu petang semalam. -Foto Facebook/@KampungKu Indah
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Mayat nelayan ditemukan dalam perut buaya
Pengecaman identiti mangsa dilakukan oleh ahli keluarganya dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Buaya jantan 400 kg ditemukan mati
Badan haiwan ini sudah mereput dan giginya juga telah luruh dan percaya ia mati kerana faktor usianya yang tua.