awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buaya lebih 4 meter gemparkan penduduk

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
03/09/2017
02:11 MYT
Buaya lebih 4 meter gemparkan penduduk
Ini merupakan kejadian pertama buaya naik ke kawasan awam di lokasi tersebut. - Sumber foto JPBM
Penduduk di bandar ini gempar pagi tadi apabila seekor buaya berukuran lebih 4 meter (15 kaki) naik ke darat dan merayap di permukaan jalan kerana dipercayai mencari makanan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Tawang Linggem berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian tersebut sekitar jam 7.36 pagi dan sebuah jentera serta kenderaan utiliti dikejarkan ke lokasi iaitu berhadapan premis West Lake Tyre berdekatan kawasan perindustrian Limbang.
Menurut Linggem, apabila tiba di lokasi, pasukannya mendapati reptilia tersebut merangkak di atas jalan dan kelihatan berada dalam keadaan tidak selesa.
" Melihat keadaannya yang agak agresif, pasukan mengambil masa sekitar 30 minit untuk memerangkap buaya ini sebelum mengikat dan menutup mata serta mulutnya. Buaya
Buaya berukuran 15 kaki itu dijumpai di atas jalan raya di bandar itu dalam keadaan tidak selesa. - Foto JBPM
Buaya itu kini ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat Limbang sebelum diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab.
Ini merupakan kejadian pertama buaya naik ke kawasan awam di lokasi tersebut.
Topic Berkaitan
#buaya
#Tawang Linggem
#West Lake Tyre
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan