Skip to main content

Malaysia

Buaya seberat 500kg masuk perangkap di Port Dickson

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2597443
Reptilia betina yang dianggarkan berusia 70 tahun itu berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang di kawasan Sungai Tanjung Agas hari ini. - Gambar/ Perhilitan
Advertisement

SEREMBAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menangkap seekor buaya gergasi seberat kira-kira 500 kilogram dan berukuran 5.5 meter di Sungai Tanjung Agas, Sungai Linggi di Port Dickson hari ini.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan Wan Mat Wan Harun berkata reptilia betina yang dianggarkan berusia 70 tahun itu berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang di kawasan berkenaan dua hari lepas.

“Perhilitan memasang perangkap buaya di lokasi berkenaan pada Rabu lepas susulan aduan berkaitan reptilia itu di Tanjung Agas. Lebih kurang 1.30 pagi tadi, orang awam melaporkan pintu perangkap telah turun, menandakan buaya telah memasukinya.

“Buaya itu berjaya dipindahkan ke kawasan seliaan Perhilitan di Paya Indah Wetlands Dengkil Selangor,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata kejayaan menangkap buaya berkenaan melegakan penduduk setempat di sekitar Tanjung Agas yang sebelum ini bimbang dengan kehadiran reptilia itu, terutama selepas kejadian seorang pesara polis Jaafa Hasan, 62, cedera digigit buaya pada 25 Mei lepas.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement