awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buaya tembaga seberat 300kg ditangkap

Petrus Bernard
Petrus Bernard
06/07/2019
23:00 MYT
Buaya tembaga seberat 300kg ditangkap
Jabatan Hidupan Liar Tawau telah memasang perangkap tersebut sejak tiga hari lalu berdasarkan aduan pekerja ladang. - Astro AWANI
Seekor buaya tembaga seberat 300 kilogram, dengan ukuran panjang kira-kira 14 kaki (4.27 meter) dan lebar 2 kaki (0.61 meter) berjaya ditangkap di Sungai Ladang Pang Borung, Tawau pada Sabtu.
Buaya itu disedari memasuki perangkap dan berjaya ditangkap oleh pekerja yang hendak turun bekerja di ladang berkenaan pada kira kira jam 6 pagi.
Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Sailun Aris berkata pihaknya telah memasang perangkap tersebut sejak tiga hari lalu berdasarkan aduan pekerja ladang terlihat buaya berkenaan berjemur di tebing sungai.
Terdahulu seekor buaya tembaga seberat 500 kilogram juga berjaya ditangkap setelah penemuan mayat seorang warga emas Zainuddin Bedda, 60 tahun di sungai kecil Pang Burung dipercayai diserang buaya.
Ini adalah tangkapan buaya yang kedua di kawasan berkenaan.
Menurut Sailun pihaknya akan terus memantau kewujudan reptilia ganas itu di sungai berkenaan.
Topic Berkaitan
#Jabatan Hidupan Liar
#Sailun Aris
#sungai kecil Pang Burung
#Tawau
#Zainuddin Bedda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan