awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 2 tahun maut kepala terkena kipas siling

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/06/2019
14:46 MYT
Budak 2 tahun maut kepala terkena kipas siling
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas terkena kipas siling di sebuah rumah teres di Tasik Tambahan Ampang, di sini. -Foto PDRM
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas terkena kipas siling di sebuah rumah teres di Tasik Tambahan Ampang, di sini.
Dalam kejadian pada 10 malam Ahad lalu, lelaki warga Myanmar berusia 25 tahun ketika itu didakwa sedang bermain dengan anak saudaranya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusof berkata anak kepada pasangan warga Myanmar itu sedang menangis di dapur sebelum cuba ditenangkan bapa saudaranya.
"Keterangan daripada ibu mangsa mendapati anak saudara lelakinya bermain sambil melambung mangsa yang sedang menangis di dapur rumah.
"Bagaimanapun mangsa terkena kipas siling menyebabkan kecederaan di bahagian kepala mangsa.
"Ibu dan abang mangsa bergegas ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan terhadap mangsa.
"Bagaimanapun pada Isnin lepas, pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 10.57 malam dan laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada kecederaan parah akibat trauma objek tumpul pada kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ketika kejadian, bapa mangsa berada di Butterworth, Pulau Pinang kerana bekerja di sana selama tiga bulan sebelum dimaklumkan oleh isterinya mengenai kejadian pada Isnin.
Noor Azmi berkata bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian.
"Pihak polis telah membuat tangkapan ke atas lelaki Myanmar itu dan suspek kini direman tujuh hari hingga 25 Jun depan,” jelas beliau.
Siasatan berhubung kejadian masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Topic Berkaitan
#dilambung bapa saudara
#lelaki warga Myanmar
#Noor Azmi Yusof
#sedang menangis di dapur
#terkena kipas siling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan