awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Budak 5 tahun pun boleh tahu.." - Syed Saddiq tidak terima alasan tersilap bendera

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
26/11/2019
09:53 MYT
"Budak 5 tahun pun boleh tahu.." - Syed Saddiq tidak terima alasan tersilap bendera
Syed Saddiq berkata KBS akan melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap pihak berkaitan. - Gambar fail
Alasan ‘tersilap bendera’ seperti yang dikemukakan oleh pihak Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dalam laman webnya pada siang tadi, langsung tidak boleh diterima oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.
Beliau menegaskan bahawa budak kecil yang berumur lima tahun pun boleh mengetahui yang mana satu bendera Malaysia.
Berdasarkan ciapan yang dibuat oleh Saddiq menerusi laman Twitter, beliau turut mengarahkan pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk mengambil tindakan segera berikutan kesalahan pihak tersebut yang memaparkan bendera yang silap sewaktu acara pembukaan Kejohanan Bola Keranjang Milo Lum Mun Chak ke-28, malam tadi.
Saya tidak terima alasan tersilap bendera Budak kecil berumur 5 tahun pun boleh tahu mana satu bendera MALAYSIA. Saya sudah arahkan pejabat PJS siasat & ambil tindakan dengan segera. Kita marah jika orang asing perlekehkan bendera Malaysia. Kita bagaimana? pic.twitter.com/HEsU8gtbd4
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) November 26, 2019
Dalam pada itu, beliau berkata, KBS akan melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap pihak berkaitan.
“Kita marah jika orang asing perlekehkan bendera Malaysia. Kita bagaimana?” luah Syed Saddiq lagi.
BACA: 'Tolong maafkan kami' - MABA mohon maaf insiden bendera Malaysia lima bintang
BACA: MABA tamat perkhidmatan kontraktor produksi siaran langsung
Terdahulu, MABA menzahirkan permohonan maaf selepas imej yang memaparkan bendera Malaysia mempunyai lima bintang dalam paparan visual di sebuah stadium pada Isnin.
MABA berkata kesilapan itu amat dikesali dan akan mengambil sepenuhnya tanggungjawab.
BACA: Memalukan! KBS akan lakukan siasatan terperinci - Syed Saddiq
BACA: Insiden bendera Malaysia bintang pecah lima: Polis buka kertas siasatan
Topic Berkaitan
#Belia
#Jalur Gemilang
#MABA
#Malaysia
#menteri
#sukan
#Syed Saddiq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan