LANGKAWI: Polis telah selesai merekodkan keterangan ibu bapa kanak-kanak lelaki berusia enam tahun bersama adiknya berusia tiga tahun yang keluar dari rumah dan memandu kereta sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pasangan yang berusia 28 dan 22 tahun itu telah dipanggil ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dan rakaman percakapan telah selesai kira-kira jam 2 petang tadi.
“Menurut ibu kanak-kanak itu sebelum kejadian dia berada bersama dua anaknya berusia tiga dan enam tahun di ruang tamu rumahnya.
“Bagaimanapun ibu dua beradik itu masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan sebaik keluar menyedari kedua-dua anaknya telah tiada di ruang tamu. Sebaik mencari di seluruh bahagian rumah tidak menemui anaknya lalu wanita itu mengejutkan suaminya yang sedang tidur di dalam bilik memaklumkan anak mereka telah hilang.
“Ketika suaminya ingin mengambil kunci kereta yang digantung di dinding mendapati kunci tiada dan pemeriksaan di luar rumah turut mendapati kereta tiada di hadapan rumah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Shariman berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan keterangan daripada kanak-kanak enam dan tiga tahun itu belum dapat direkod sepenuhnya kerana masih trauma.
“Abangnya hanya mengatakan dia tarik dan naik ke atas kerusi lalu mengambil kunci kereta yang digantung di dinding dan selepas itu terus menghidupkan kereta ke kedai untuk membeli kereta mainan,” ujarnya.
Jelasnya, polis turut memperoleh rakaman video terbaru dari orang awam yang merekodkan keadaan kereta dipandu ke kiri dan kanan jalan sebelum kereta itu melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga.
Katanya, polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan dua beradik ditemukan orang awam di dalam sebuah kereta jenis Toyota selepas terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada jam 11.15 malam Selasa.
Dalam kejadian itu, kanak-kanak berusia enam tahun mengalami kecederaan luka di bahagian dagu manakala adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Adie Sufian Zulkefli
Wed May 10 2023
Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan keterangan daripada kanak-kanak enam dan tiga tahun itu belum dapat direkod sepenuhnya kerana masih trauma. - Sinar Harian
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Polis tahan remaja lelaki 13 tahun pandu kereta tanpa lesen
Seorang ramaja lelaki berusia 13 tahun sempat memandu sebuah kereta sejauh empat kilometer sebelum dia dan rakannya ditahan polis, kelmarin.
Kertas siasatan kanak-kanak enam tahun pandu kereta sudah lengkap
Kertas siasatan kejadian kanak-kanak enam tahun yang dipercayai memandu kereta milik di Langkawi sudah lengkap.
Budak 6 tahun pandu kereta: Polis selesai ambil keterangan ibu bapa
Polis selesai merekodkan keterangan ibu bapa kanak-kanak lelaki berusia enam tahun bersama adiknya yang curi keluar dari rumah dan memandu kereta.
Merajuk tak dibelikan Lamborghini, kanak-kanak 5 tahun tekad pandu kereta masuk lebuh raya
Polis menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang membawa kenderaan milik ibunya secara berseorangan dipercayai dalam perjalanan untuk membeli Lamborghini.