awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 9 tahun antara 52 penunggang basikal lajak ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/12/2022
23:45 MYT
Budak 9 tahun antara 52 penunggang basikal lajak ditahan
Kanak-kanak berumur sembilan tahun antara 52 individu yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan basikal lajak di Jalan PJS 1 hingga Jalan PJS 5, di sini pada Khamis. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Kanak-kanak berumur sembilan tahun antara 52 individu yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan basikal lajak di Jalan PJS 1 hingga Jalan PJS 5, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, operasi bermula 1 hingga 3 Disember itu dijalankan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Petaling Jaya.
"Operasi yang dijalankan turut menyita 15 daripada 52 basikal yang diperiksa selain 11 keping saman Pol 257 dikeluarkan mengikut kaedah 42(1) ln 165/59,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, tindakan sita dan penunggang terlibat ditahan dijalankan di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membolehkan penunggang basikal lajak ditangkap tanpa waran seperti diperuntukkan Seksyen 112(1)(a) akta sama.
Ibu bapa diingatkan agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang.
"Ibu bapa kepada anak yang terbabit dalam kegiatan basikal lajak hingga membahayakan diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan denda tidak lebih RM20,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001," katanya.
Sehubungan itu, diingatkan semua pengguna jalan raya terutama penunggang basikal agar mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan pihak berkuasa.
“Penguatkuasaan lalu lintas akan dijalankan secara berterusan bagi mendidik masyarakat mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas,” katanya.
"Penguatkuasaan lalu lintas terutama melibatkan basikal lajak ini akan dijalankan secara berterusan bagi mendidik kepentingan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#basikal lajak
#Kanak-kanak
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
#BSPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan