PITAS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas ketika berkelah di tepi Sungai Bengkoka, di sini, pada Ahad.
Mangsa yang belum diketahui identiti itu disedari hilang sebelum laporan dibuat kepada pihak bomba pada jam 2.04 petang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima melalui panggilan kecemasan 999.
Katanya, seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dikejar ke lokasi kejadian.
"Menurut laporan, seorang kanak-kanak dipercayai lemas di Sungai Bengkoka ketika melakukan aktiviti berkelah di tepi sungai berkenaan.
"Pasukan bomba bergegas ke lokasi bagi mendapatkan maklumat terperinci dan seterusnya melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi, mangsa belum ditemui sehingga kini.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 16 2022

Lokasi mangsa dikhuatiri lemas selepas berkelah di tepi Sungai Bengkoka, Pitas. - Foto Sinar Harian

Ringgit cecah RM4.40 berbanding dolar AS ekoran bimbang kemelesetan ekonomi
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.4030/4060 berbanding dolar AS daripada 4.3960/3975 ketika ditutup pada Rabu.

Jakim tidak berkompromi dengan sijil halal
SICHMA, selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu, akan diberi surat tunjuk sebab.

Kajian klinikal penggunaan kanabis untuk perubatan masih peringkat awal
Kajian klinikal penggunaan kanabis untuk perubatan di Malaysia masih di peringkat awal dan belum dapat bergerak seperti negara luar yang telah menggunakan kanabis untuk rawatan penyakit kronik.

Sukan SEA Hanoi: Malaysia pertahan emas gimrama all-around berkumpulan
Skuad gimrama mempamerkan persembahan mantap yang memikat hati juri untuk menghimpunkan mata tertinggi 49.20 mata.
![AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967700/thumbnails/19650021631652960152944_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan: AWANI Borneo 19 Mei 2022 : - Sabah, Sarawak rekod peningkatan kes HFMD. - DUN Sarawak sebulat suara luluskan RUU Hutan 2022. - Sazzlan dan Taqiyuddin dedah rahsia tuai emas di Hanoi.

Dakwaan Konsulat Indonesia berhubung kapal dagang Malaysia-Indonesia dikawal oleh dasar kabotaj mengelirukan
Kenyataan kaunselor hal ehwal ekonomi bagi konsulat Indonesia di Sabah, Muhammad Muhsinin Dolisada, berhubung penggunaan kapal dagang kayu dan kecil di perairan Malaysia dan Indonesia dengan mengaitka

Sukan SEA 2021 | Sazzlan tidak pernah ponteng latihan
Latihan yang konsisten selain tidak ponteng jadual merupakan tip kejayaan Sazzlan Yuga bersama pasangannya Mohd Taqiyuddin Hamid untuk membawa pulang pingat emas di Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam. Menerusi acara akhir Silat Ganda Putra (Seni) pada 11 Mei lalu, Sazzlan dan Taqiyuddin mengutip 9.950 mata mengatasi pencabar dari Singapura. Bagi Sazzlan yang merupakan anak jati Tawau, Sabah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan penghalang untuk beliau teruskan latihan.

Peranan Media | Bantu pelaksanaan polisi agenda pembangunan
Pembentukan dan pelaksanaan polisi serta agenda pembangunan rakyat di Sarawak turut bergantung kepada integriti pengamal media dalam melaporkan isu di peringkat akar umbi. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak menafikan hak media dalam mengangkat isu rakyat sebagai penanda aras pengurusan yang baik daripada pihak pentadbir.

DUN Sarawak | Kerajaan negeri konsisten kaji, nilai tuntutan MA63
Sarawak akan terus mengkaji keperluan membuat pindaan kepada Perlembagaan negeri dan Ordinannya bagi menjamin kepentingan negeri itu. Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyifatkan usaha itu bergerak kondusif di antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

DUN Sarawak | Dasar hutan perlu pelaksanaan berintegriti
Blok pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak turut memberi sokongan kepada pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Hutan 2022 dengan wawasan untuk memperkasa pemuliharaan dan pemeliharaan hutan negeri itu. Bagaimanapun, ADUN Padungan, Chong Chieng Jen dan ADUN Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh antara yang membahaskan RUU tersebut menuntut pelaksanaan dasar tersebut dibuat secara berintegriti.

Budak 9 tahun dikhuatiri lemas ketika berkelah
Mangsa yang belum diketahui identiti itu disedari hilang sebelum laporan dibuat kepada pihak bomba pada jam 2.04 petang.