awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa kedua lemas di Pantai Sura Tengah ditemukan
Insiden helikopter: Mohammad Zullfika dipindahkan ke 96 HAT Lumut
Tiga lelaki berkonvoi pulang dari Thailand antara ditahan AADK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak empat tahun maut, tiga parah kemalangan dua kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
02/01/2026
00:00 MYT
Budak empat tahun maut, tiga parah kemalangan dua kenderaan
Kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda. - Gambar hiasan
SEMPORNA: Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala tiga lagi termasuk bapa dan adiknya parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Tampi-Tampi di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, mangsa berusia empat tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala bapanya berusia 35 tahun yang juga penunggang motosikal bersama adiknya berusia tiga tahun dan seorang lelaki dewasa berusia 28 tahun dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki bersama tiga pembonceng termasuk dua anaknya, serta sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang wanita berusia 20 tahun.
"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika pacuan empat roda yang sedang masuk ke simpang jalan sebelah kanan telah dilanggar motosikal tersebut yang datang dari arah jalan bertentangan.
"Akibat kejadian itu, seorang kanak-kanak meninggal dunia di lokasi, manakala penunggang dan dua lagi pembonceng cedera parah," katanya dalam kenyataan.
Menurut Hiap Wah, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun.
"Selain itu, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 jika disabit kesalahan.
"Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Inspektor A Hemkkumar di talian 012-3650021 atau 089-782020," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Semporna
#Kanak-kanak lelaki maut
#kemalangan maut
#kemalangan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami