awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak lelaki 18 bulan korban pertama banjir di Kelantan

Bernama
Bernama
26/11/2023
09:16 MYT
Budak lelaki 18 bulan korban pertama banjir di Kelantan
Anggota PPDA melakukan pencarian mangsa yang tergelincir ke dalam sungai di belakang rumahnya di Kampung Kenari pada Ahad. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan menjadi korban pertama banjir di Kelantan kali ini apabila ditemukan lemas di sungai berhampiran rumahnya dekat Kampung Kenari, di sini pada pukul 12.17 tengah hari tadi.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini, untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dalam kenyataan memaklumkan mayat mangsa ditemukan pada pukul 1.40 tengah hari oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang menjalankan operasi mencari di kawasan bayi itu dilaporkan terjatuh.
"Berdasarkan laporan, mangsa dikatakan bermain di belakang rumah sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#monsun timur laut
#korban pertama
#bayi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan