awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak lelaki 7 tahun maut tertusuk kaca di dada

Bernama
Bernama
17/09/2022
14:25 MYT
Budak lelaki 7 tahun maut tertusuk kaca di dada
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas tertusuk serpihan kaca di bahagian dada ketika bermain di rumahnya di Kampung Bukit Changgang, Banting semalam. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas tertusuk serpihan kaca di bahagian dada ketika bermain di rumahnya di Kampung Bukit Changgang, Banting semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang bermain sendirian pada kira-kira 4 petang.
"Semasa kejadian berlaku, ibu bapa mangsa turut berada di dalam rumah, mereka mendakwa kanak-kanak itu melompat di atas sofa rumahnya sebelum jatuh di atas meja kaca yang berada di hadapan sofa.
"Kejadian tersebut mengakibatkan dada mangsa terkena serpihan kaca. Mangsa telah dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Banting dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#tertusuk kaca
#Kampung Bukit Changgang
#Banting
#Polis Daerah Kuala Langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan