Seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun ditemukan mati lemas selepas dikatakan cuba mengambil bola mainnya yang terjatuh ke dalam kolam tadahan air, berhampiran Flat Seri Intan di Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di sini, petang semalam.
Kejadian berlaku kira-kira 3 petang ketika Aeezender Neo Anak Gaong yang juga murid Sekolah Rendah Kebangsaan Masai, sedang bermain bola di kawasan itu bersama lapan rakannya yang lain sebelum bola itu jatuh ke dalam kolam tersebut.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Norazam Shaari berkata kerana ingin mengambilnya mangsa berenang ke kolam terbabit, namun kemudian hanyut dibawa arus setelah menghampiri kawasan tengah kolam sedalam antara sembilan hingga 10 kaki dan tidak berpagar.
"Mayat mangsa dijumpai pada 11.25 malam dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Susulan kejadian, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membiarkan anak-anak mereka bermain dan bermandi di kawasan kolam itu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Ibrahim Omar berkata polis memaklumkan kes itu kepada pihaknya pada 7.03 malam, sebelum menghantar satu unit pasukan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata pihaknya turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor dalam melaksanakan operasi, berjaya menemukan mangsa pada jarak 30 kaki dari tebing kolam terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 31 2018
MANGSA.. Anggota Bomba dan Penyelamat berjaya menemui mayat Aeezender Neo Anak Gaong yang lemas ketika cuba mengambil bola mainannya yang terjatuh ke dalam kolam tadahan air berhampiran Flat Seri Intan di Jalan Suria 47 Bandar Seri Alam malam tadi.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Budak lelaki Darjah 4 lemas ketika ambil bola dalam kolam
Seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun ditemukan mati lemas selepas dikatakan cuba mengambil bola mainnya yang terjatuh ke dalam kolam tadahan air.