awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak lelaki lima tahun parah dihempap peti sejuk

Sinar Harian
Sinar Harian
13/07/2019
10:20 MYT
Budak lelaki lima tahun parah dihempap peti sejuk
Muhammad Fawwaz Adli cedera pada bahagian kepala selepas dipercayai dihempap sebuah peti sejuk di rumahnya. -Foto Sinar Harian
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah selepas dipercayai dihempap sebuah peti sejuk di rumahnya di Taman Cempaka di sini malam tadi.
Kejadian kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan mangsa Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari cedera pada bahagian kepala.
Bapa mangsa, Mohd Bukhari Zainal Annuar ketika dihubungi Sinar Harian berkata, dia tidak pasti bagaimana kejadian sebenar berlaku.
"Jam 11 malam saya sedar peti sejuk di rumah dah tumbang dan tengok anak saya (Muhammad Fawwaz) di situ.
"Saya tak dapat nak cakap lagi kerana masih terkejut dan sedih. Lagipun ramai ahli keluarga di sini. Saya pun masih tunggu maklumat doktor berkenaan keadaan anak," katanya.
Terdahulu, Mohd Bukhari yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan menerusi catatan di laman Facebook miliknya memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anak sulungnya itu.
Katanya, doktor memaklumkan berlaku pendarahan pada bahagian kepala anaknya yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, sehingga jam 3. 30 petang tadi, pihaknya masih belum menerima laporan daripada bapa mangsa mengenai kejadian berlaku.
Topic Berkaitan
#dihempap sebuah peti sejuk
#kanak-kanak lelaki berusia lima tahun
#Mohd Bukhari Zainal Annuar
#Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari
#Taman Cempaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan