awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Meta bakal perkenal pelan berbayar Facebook, Instagram, WhatsApp; akses kepada fungsi eksklusif
Prestasi perdagangan negara, kemasukan murid Tahun Satu pada usia enam tahun tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Operasi menyelamat diteruskan selepas feri Filipina karam, 18 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak lima tahun maut dilanggar van sekolah dinaikinya

Bernama
Bernama
24/10/2018
11:36 MYT
Budak lima tahun maut dilanggar van sekolah dinaikinya
Rakaman CCTV kejadian yang tular. -Foto YouTube
Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun maut selepas digilis van sekolah yang dinaikinya di Taman Tun Aminah, dekat sini, tengah hari semalam.
Ketua Polis Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata pada kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Janiss Yeoh Zi Xuan diturunkan pemandu van untuk ke rumah neneknya.
"Kemalangan berlaku apabila van yang dipandu seorang perempuan melanggar kanak-kanak perempuan yang sedang melintas di hadapan van berkenaan selepas turun dari van tersebut untuk ke rumah neneknya," kata beliau dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Menurut beliau, pemandu van yang berusia 48 tahun telah membawa mangsa ke klinik berhampiran dan seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini kerana kecederaan parah.
"Selepas lebih kurang satu jam mendapat rawatan di HSA, mangsa disahkan meninggal dunia. Semasa kejadian, van turut membawa lima penumpang kanak-kanak, bagaimanapun, kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," kata Mohd Taib.
Pemandu itu kemudiannya ditahan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Video berdurasi 13 saat yang menunjukkan kanak-kanak itu dilanggar van berkenaan menjadi viral di media sosial hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#digilis van sekolah
#Hospital Sultanah Aminah
#Janiss Yeoh Zi Xuan
#kanak-kanak perempuan
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan