awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak perempuan parah jatuh apartmen di Putrajaya

Sinar Harian
Sinar Harian
05/12/2020
05:46 MYT
Budak perempuan parah jatuh apartmen di Putrajaya
Mangsa dilaporkan parah dan mengalami patah tulang selangka kini dirawat di Hospital Putrajaya. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA:Seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun parah selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kuarters perumahan penjawat awam di Presint 11 di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, siasatan awal mendapati kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu berlaku ketika mangsa sedang bermain di koridor apartmen terbabit.
"Mangsa difahamkan sedang bermain baling botol di koridor sebelum ia terkeluar daripada koridor itu.
"Mangsa kemudiannya mengambil kerusi untuk memanjat bagi mengambil botol berkenaan sebelum terjatuh ke kawasan parkir motosikal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, insiden itu menyebabkan mangsa mengalami patah tulang selangka.
"Mangsa kini dilaporkan stabil setelah dirawat di Hospital Putrajaya," katanya.
Katanya, pihak hospital turut memaklumkan kemungkinan tulang belakang dan tulang rusuk mangsa patah dan masih menunggu pengesahan doktor.
Topic Berkaitan
#Putrajaya
#polis
#Kanak-kanak
#mangsa
#penjawat awam
#kanak-kanak jatuh apartment Putrajaya
#jatuh apartment
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan