awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak perempuan tujuh tahun terjun dari kenderaan dilarikan penjenayah

Bernama
Bernama
03/06/2014
00:11 MYT
Budak perempuan tujuh tahun terjun dari kenderaan dilarikan penjenayah
POLIS: Kejadian berlaku pukul 12.30 tengah hari ketika bapa mangsa meninggalkan anaknya di dalam kenderaan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun bertindak nekad terjun keluar dari sebuah kenderaan yang dilarikan penjenayah dalam kejadian di Keramat AU3, di sini Isnin.
Kanak-kanak itu yang berbuat demikian ketika kenderaan jenis Mitsubishi Triton tersebut mula bergerak, mengalami cedera ringan di pinggang, tangan dan kaki, kata Ketua Polis Ampang Jaya ACP Khairuldin Saat kepada Bernama di sini.
Katanya kejadian berlaku pukul 12.30 tengah hari ketika bapa mangsa meninggalkan anaknya di dalam kenderaan tanpa mematikan enjin berhampiran sebuah bengkel.
Suspek yang berbadan kurus tinggi dan dipercayai warga tempatan berusia dalam 30-an dilihat turun dari sebuah kereta jenis Proton Persona berwarna kelabu sambil bercakap menerusi telefon bimbit, sebelum melarikan kenderaan tersebut, katanya.
Katanya bapa mangsa yang menyedari kejadian cuba menghalang namun gagal menghalang suspek daripada melarikan kenderaannya.
Kanak-kanak itu ditemui bapanya kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian, katanya.
Sementara itu, penganalis jenayah Datuk Akhbar Satar mengingatkan ibu bapa supaya tidak bersikap sambil lewa dalam soal keselamatan anak.
"Jenayah berlaku kerana ada peluang untuk penjenayah...selagi ibu bapa tidak peka tentang keselamatan anak mereka, kejadian seumpama ini akan terus berlaku walaupun media sering memaparkan isu-isu sebegini," katanya.
Topic Berkaitan
#jenayah
#keramat
#Khairuldin Saat
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan