awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda - Fahmi

Bernama
Bernama
27/09/2023
22:15 MYT
Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda - Fahmi
Fahmi (tengah) hadir pada majlis penyampaian anugerah bagi Kejohanan Debat Parlimen British Asia 2023 di Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Membudayakan amalan berbahas atau berdebat secara beradab adalah satu keperluan buat golongan muda ketika ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata ini penting kerana perdebatan secara beradab akan membantu anak muda melontarkan idea bernas dan jelas yang amat bermanfaat untuk pembangunan negara.
"Selain itu, ia penting untuk kesinambungan budaya demokrasi berparlimen dalam negara, jadi saya harap acara seperti ini dapat menjadi pencetus semangat untuk meneruskan budaya (demokrasi)," katanya.
Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian anugerah bagi Kejohanan Debat Parlimen British Asia (ABP) 2023 di sini malam tadi.
Beliau berkata di Malaysia, sudah wujud beberapa platform untuk anak muda melontarkan idea dengan hujah bernas berkaitan pembangunan negara antaranya Parlimen Belia Malaysia dan Pidato Perpaduan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#debat
#Kejohanan Debat Parlimen British Asia 2023
#anak muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan