awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat

Khalis Khadir
Khalis Khadir
07/10/2024
11:30 MYT
Budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat
Jumlah naskhah pembacaan rakyat Malaysia meningkat kepada 24 naskhah pada tahun 2023 berbanding 15 naskhah pada 2014. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah naskhah pembacaan rakyat Malaysia meningkat kepada 24 naskhah pada tahun 2023 berbanding 15 naskhah pada 2014.
Menerusi data Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia, dalam setahun rakyat di negara ini mengambil masa sembilan jam 22 minit seminggu untuk membaca 16 naskhah bercetak dan lapan digital.
Kajian merekodkan rakyat Malaysia membeli satu hingga lima naskhah bahan bacaan dengan 69.9 peratus individu membaca untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
Statistik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan sebanyak 102,813 program galakan membaca diadakan di seluruh negara sepanjang 2024 sehingga Ogos lalu.
Ia membabitkan lebih 3.7 juta individu yang terlibat dalam program anjuran PNM, perpustakaan desa, perpustakaan komuniti, dan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
Lebih terperinci, seramai 563,302 orang mengunjungi PNM sejak Januari sehingga Ogos lalu dengan 61.3 peratus adalah pengunjung dewasa dan bakinya adalah kanak-kanak.
Usaha di bawah Kementerian Perpaduan Negara itu diharap dapat membantu mencapai matlamat Malaysia sebagai negara pembaca menjelang 2030.
Topic Berkaitan
#budaya membaca
#Negara Pembaca 2030
#kementerian perpaduan negara
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan