awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BUDI95: 7,480 permohonan pengguna bot diterima di Sarawak

Bernama
Bernama
25/11/2025
05:45 MYT
BUDI95: 7,480 permohonan pengguna bot diterima di Sarawak
Pada 13 Okt lalu, MoF memaklumkan bahawa kelayakan subsidi BUDI95 diperluaskan kepada pengguna bot berdaftar di Sarawak. - Gambar hiasan
KUCHING: Sebanyak 7,480 permohonan subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi pengguna bot di Sarawak telah diterima oleh Pejabat Perbendaharaan Malaysia Sarawak.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 7,480 permohonan subsidi BUDI95 bagi pengguna bot di Sarawak diterima; 5,765 permohonan layak manakala yang lain masih dalam penilaian.
  • Kerjasama di antara Kementerian Pengangkutan Sarawak, KPDN, dan Pejabat Perbendaharaan dilakukan untuk pelaksanaan program subsidi BUDI95.
  • Usaha intensif dilakukan oleh Kerajaan Sarawak untuk memastikan penduduk luar bandar dan pedalaman yang layak dapat menikmati subsidi petrol BUDI95.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Henry Harry Jinep berkata daripada jumlah itu, sebanyak 5,765 permohonan didapati layak, manakala selebihnya masih dalam proses penilaian.
Beliau berkata setakat ini, kementeriannya bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Pejabat Perbendaharaan bagi menyelaras pelaksanaan program berkenaan.
"Usaha pendaftaran pemilik bot persendirian dan bot panjang turut dipergiatkan bersama Pejabat Residen Bahagian dan Pejabat Daerah.
"Ini merupakan satu daripada usaha Kerajaan Sarawak bagi memastikan penduduk luar bandar dan pedalaman yang benar-benar layak tidak tercicir daripada menikmati subsidi petrol BUDI95," katanya.
Beliau menjawab soalan Anyi Jana (GPS-Ngemah) yang ingin mengetahui langkah diambil kerajaan negeri untuk melancarkan pelaksanaan inisiatif subsidi petrol di kawasan luar bandar.
Pada 13 Okt lalu, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan bahawa kelayakan subsidi BUDI95 diperluaskan kepada pengguna bot berdaftar di Sarawak, sebagai sebahagian daripada penambahbaikan untuk memastikan manfaat tersebut dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BUDI95
#Sarawak
#pemilik bot
#pengguna bot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan