awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di universiti swasta: Mayat pelajar praktikal dituntut keluarga
Kemalangan maut di Rawang: MOT siasat syarikat pengendali bas
Akmal Saleh akan umum hasil pertemuan esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BUDI95 lancar, operasi stesen minyak terkawal - Saifuddin

Faida Rahim
Faida Rahim
30/09/2025
05:20 MYT
BUDI95 lancar, operasi stesen minyak terkawal - Saifuddin
Pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) yang bermula hari ini berjalan lancar. - Gambar hiasan/ BERNAMA
PUTRAJAYA: Pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) yang bermula hari ini berjalan lancar, dengan operasi stesen minyak di seluruh negara dilaporkan terkawal dan teratur.

Ringkasan AI
  • Pelaksanaan BUDI95 bermula hari ini berjalan lancar di seluruh negara, dengan operasi stesen minyak terkawal termasuk semasa waktu puncak, hasil perancangan rapi dan kerjasama pelbagai agensi.
  • Kejayaan utama inisiatif ini ialah penggunaan MyKad untuk pengesahan pembelian subsidi RON95 terus di pam minyak, hasil naik taraf sistem oleh Jabatan Pendaftaran Negara melibatkan 4,000 syarikat minyak.
  • KDN sedang meneliti isu berkaitan pelaksanaan subsidi melibatkan anggota dan pesara polis, termasuk keperluan integrasi sistem antara JPJ dan Kementerian Kewangan, manakala penjimatan hasil pelaksanaan akan dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau juga telah memaklumkan perkembangan pelaksanaan BUDI95 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu panggilan telefon hari ini.
“Hari ini kita tengok stesen-stesen minyak umumnya termasuk peak hour lancar dan ini bukan berlaku secara spontan, ini berlaku kerana perancangan yang begitu rapi,” katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
Saifuddin berkata, kejayaan terbesar BUDI95 dalam konteks KDN adalah membabitkan proses membolehkan pelaksanaan pembelian petrol RON95 dengan pengesahan MyKad di pam stesen minyak.
“Kejayaan terbesar (BUDI95 adalah) pembelian yang memerlukan pengesahan MyKad bukan sahaja boleh buat di dalam kaunter melalui card reader (tetapi dilaksana di pam minyak secara terus).
“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah bantu untuk melakukan naik taraf sistem di terminal stesen minyak melalui kepakaran dan bahagian teknologi maklumat JPN. Kita membantu 4,000 syarikat minyak seluruhnya (untuk pelaksanaan BUDI95),” katanya.
Dalam masa sama, katanya KDN kini sedang meneliti beberapa isu berbangkit berhubung pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI95, khususnya melibatkan anggota dan pesara polis.
Antara isu yang dikenal pasti ialah keperluan integrasi sistem antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Kewangan bagi membolehkan semakan lesen memandu dilakukan secara lancar.
Saifuddin berkata penjimatan hasil pelaksanaan BUDI95 akan dikembalikan kepada rakyat menerusi pelbagai inisiaitif serta pembinaan infrastruktur lain.
Topic Berkaitan
#BUDI MADANI
#BUDI95
#KDN
#RON95
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan