KOTA BHARU:Ratusan pokok ketum ditemui ditanam dalam kawasan seluas satu hektar di Hutan Simpan Kekal Sungai Terah, Gua Musang, baru-baru ini.
Susulan penemuan ladang haram itu, Jabatan Perhutanan Kelantan semalam, menahan tiga lelaki berusia antara 25 hingga 33 tahun kerana menceroboh hutan simpan berkenaan.
Suspek ditahan dalam operasi khas di sebuah rumah usang pada jam 10 pagi, susulan maklumat awam dan risikan yang dibuat jabatan berkenaan dengan dibantu Pasukan Operasi Bersepadu Khazanah.
Pengarah Perhutanan Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah berkata, ketika serbuan dua suspek ditemui berada di rumah berkenaan sedang tidur dan disyaki khayal.
"Kita juga menjumpai selaras senapang buatan sendiri dengan tiga butir peluru hidup dan siasatan awal mendapati, suspek menjalankan aktiviti dilarang iaitu menceroboh hutan dengan tujuan penanaman pokok ketum selain pokok durian dan getah," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
Katanya kedua-dua suspek didapati berada dalam hutan simpan kekal tanpa sebarang kebenaran sah daripada Jabatan Perhutanan Kelantan,.
Beliau berkata, ketika pemeriksaan di rumah itu selesai dilakukan, secara tiba-tiba seorang lagi lelaki yang menunggang motosikal datang ke lokasi berkenaan sebelum ditahan.
"Suspek mendakwa memasuki kawasan berkenaan untuk mencari dua lagi suspek yang sudah ditahan. Ketiga-tiga mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang," katanya.
Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 47(1) dan 81(1) Akta Perhutanan Negara 1984.
Vivi Sumanti
Thu Feb 11 2021
Abdul Khalim (kanan) berkata, ketika serbuan dua suspek ditemui berada di rumah berkenaan sedang tidur dan disyaki khayal. - Gambar/ Astro AWANI
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Remaja ditahan cuba seludup ketum ke Thailand
Suspek melakukan kerja berkenaan secara sambilan dan menerima upah sekitar RM10 untuk membawa masuk bekalan.
Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum
Kesemua lelaki yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan orang awam berusia antara 31 dan 55 tahun itu ditahan malam tadi.
APMM Perak tahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan
Pemeriksaan lanjut turut menemukan kira-kira 60 liter cecair disyaki air ketum dan anggaran 200 kilogram ikan campur di atas bot.
Kastam bongkar makmal proses ubat batuk tiruan, campur ketum
JKDM membongkar kegiatan pemalsuan ubat batuk berjenama sedia ada di pasaran selepas menyerbu sebuah rumah sewa di Simpang Empat, di sini yang dijadikan makmal pemprosesan.
Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum
Tindakan empat anggota polis memproses ketum dipercayai untuk kegunaan sendiri membawa padah apabila ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tan Yew Lai dekat sini pada Khamis.
Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan
Kedua-dua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Op Tapis: 22 sarang 'mat gian' diserbu, 537 individu diserkup
Sejumlah dadah pelbagai jenis yang keseluruhannya bernilai lebih RM50,000 termasuk daun dan cecair ketum turut dirampas dalam operasi.
Taiwan, AS bekerjasama gagalkan penyeludupan ketum AS$1.1 bilion
Individu yang ditangkap membuat, membawa atau menjual narkotik Kategori 3 dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya tujuh tahun.
Malaysia perlu pemahaman menyeluruh mengenai ketum - Fadillah
Malaysia memerlukan pemahaman menyeluruh mengenai sifat dan aplikasi ketum yang boleh dijadikan industri komoditi menguntungkan melalui pelaburan dalam botani, farmakologi dan perubatan.
Empat lelaki ditahan miliki 1,000 pil Yaba, air ketum
Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan RM11,100 manakala ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.