awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buka laluan kecemasan di dua lokasi jika perlu - PLUS

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
25/01/2019
07:01 MYT
Buka laluan kecemasan di dua lokasi jika perlu - PLUS
AZMAN: Pihak kami sediakan trak tunda dan memastikan kehadiran pihak berkuasa di sepanjang dua laluan ini, supaya keadaan terkawal apabila berlakunya kecemasan. -Gambar fail
PLUS Malaysia Berhad mengambil inisiatif tambahan bagi memastikan pengguna lebuh raya menikmati perjalanan yang lancar dan selesa pada musim cuti Tahun Baharu Cina, tidak lama lagi.
Antara langkah yang dirancang untuk dilaksanakan adalah membuka laluan kecemasan di dua laluan, bergantung kepada keadaan trafik.
Dua laluan terbabit adalah KM367 Slim River-Sungkai arah utara yang dijangka akan dibuka selama empat hari dari 1 hingga 4 Februari, dan KM 287 ke KM 289.95 Simpang Pulai-Gopeng arah Selatan yang akan dibuka selama dua hari iaitu 9 dan 10 Februari.
"Pihak kami sediakan trak tunda dan memastikan kehadiran pihak berkuasa di sepanjang dua laluan ini, supaya keadaan terkawal apabila berlakunya kecemasan.
"Pemerhatian khas diberikan dan jika berlakunya kecemasan, kami akan terus bertindak serta-merta dan menutup kembali laluan-laluan tersebut," kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.
Beliau ditemui pada majlis penghargaan dan taklimat PLUS sempena Tahun Baharu Cina di ibu negara, pada Khamis.
Turut diperkenalkan adalah aplikasi telefon pintar PLUS yang turut dilengkapi live feed untuk membolehkan pengguna melihat situasi terkini lebuh raya.
Pengguna sekali lagi diingatkan agar merujuk cadangan waktu perjalanan yang disediakan untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar di musim perayaan ini.
Topic Berkaitan
#Azman Ismail
#Gopeng
#lalu lintas
#laluan kecemasan
#lebuh raya
#PDRM
#perayaan
#PLUS
#PLUS Malaysia Berhad
#simpang pulai
#Slim River
#Sungkai
#Tahun Baharu Cina
#trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan