KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa membuka pusat cadangan di peringkat nasional bagi memberi ruang kepada rakyat dan golongan yang semakin banyak memberikan pandangan bagi pengurusan pandemik COVID-19 serta kebajikan rakyat.
Penganalisis keselamatan dan politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, pembukaan dan pengumpulan cadangan serta maklum balas daripada masyarakat memastikan keluhan rakyat terhadap isu yang semakin banyak dibangkitkan khusus melalui media sosial dapat disalurkan kepada satu pusat pengumpulan berpusat di peringkat nasional dengan segera.
"Segala maklumat yang disalurkan kepada pusat pengumpulan ini perlu dianalisa secara komprehensif bagi membina satu pendekatan yang lebih baik untuk merangka penambahbaikan pengurusan pandemik dan kebajikan rakyat.
"Kejayaan kempen bendera putih perlu diambil secara positif oleh pimpinan negara dan terus dilakukan untuk mereka yang memerlukan bantuan. Masyarakat harus terus membantu dan kerajaan digesa menyelaraskan pusat-pusat bantuan dengan penyediaan 'mini food bank' mengikut zon.
"Wakil rakyat juga digesa lebih proaktif dalam melihat keadaan serta kebajikan penduduk di kawasan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
BACA: COVID-19: 'Tiada koordinasi, tindakan bersepadu punca gagal keluar dari gelombang ketiga'
BACA: Perincian kes harian COVID-19 boleh bantu kurangkan rasa panik - Pakar kesihatan
Dalam pada itu tegasnya, sikap menuding jari dalam kalangan wakil rakyat harus dihentikan kerana segala kelemahan yang disuarakan rakyat harus dipikul semua pemimpin tanpa mengira latar belakang politik.
"Rakyat harus diyakinkan kembali bahawa kebajikan mereka adalah keutamaan dalam keadaan sukar sekarang oleh wakil rakyat kerajaan serta pembangkang.
"Orang ramai juga disaran lebih positif dalam memberikan maklum balas khususnya di media sosial dan terus membantu di antara satu sama lain selain menyumbang idea bernas serta konstruktif kepada kerajaan melalui pusat pengumpulan cadangan oleh kerajaan.
"Jangan hanya mengecam tanpa memberikan cadangan dan pendekatan yang lebih baik dari apa yang sedang diusahakan. Pandangan membina rakyat juga harus diambil serius oleh kerajaan sekiranya ia berpotensi membantu pengurusan pandemik serta pengurusan kebajikan yang lebih baik kepada mereka," jelasnya.
Kata Noor Nirwandy, masyarakat juga digesa untuk terus menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang semakin pantas dilaksanakan bagi mencapai sasaran imuniti berkelompok pada akhir tahun ini.
Astro Awani
Sat Jul 10 2021
Noor Nirwandy meminta orang ramai lebih positif dalam memberikan maklum balas khususnya di media sosial. - Gambar hiasan
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.