KUALA LUMPUR: Masyarakat bukan Islam perlu berfikiran lebih terbuka terhadap pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah seluruh negara.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus Datuk Teo Kok Seong berkata ini kerana ia sudah jelas bahawa modul berkenaan hanya disasarkan kepada pelajar dan guru beragama Islam, serta tidak mengganggu gugat pemahaman murid bukan Islam.
"Ia begitu jelas bahawa hasrat kerajaan menggunakan modul itu untuk pelajar Islam dan mereka yang membantah ini seharusnya merujuk dahulu isi kandungan hadis itu kerana apa yang terkandung hanyalah ajaran al-Quran yang disabdakan kepada Rasulullah dan bukan ajaran tambahan yang dicipta sesuka hati.
"Kalau dirujuk, ajaran ini sudah wujud lama dan hanya menganjurkan perkara-perkara baik iaitu cinta sesama manusia, menganjurkan kecemerlangan Islam, membezakan yang baik serta buruk dan hal-hal sedemikian adalah untuk memupuk perwatakan insaniah yang lebih baik dalam kalangan murid dan pelajar Islam. Jadi adakah perkara begini kita nak tentang dan bantah," katanya kepada Bernama.
Kementerian Pendidikan (KPM) pada 19 Ogos lepas, melancarkan modul hadis itu bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah, antara lain untuk memupuk semangat kasih sayang, selain menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar serta guru beragama Islam.
Program rintis modul itu akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.
Walaupun telah dijelaskan bahawa pelaksanaan modul terbabit hanya kepada pelajar dan guru beragama Islam sahaja, namun ia telah menjadi polemik, terutama dalam kalangan penganut bukan Islam, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi.
Antara yang mempertikaikan pelaksanaan modul itu ialah Parti Gerakan walaupun sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu PAS menyokong pengenalan hadis itu di sekolah seluruh negara.
Teo berkata sekiranya modul berkenaan berjaya membina akhlak yang baik dalam kalangan murid Islam, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada masyarakat bukan Islam sekali gus memakmurkan negara.
Beliau turut menyifatkan tindakan membantah pelaksanaan modul yang akan diperluas ke sekolah-sekolah di bawah KPM tahun depan itu, sebagai "tindakan cetek ilmu" kerana tidak mengenali masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum dan agama dengan baik.
"Ini memperlihatkan kita di Malaysia tidak mengenali satu sama lain dan apabila tidak kenal, faham, akan timbul perasaan curiga-mencurigai sehingga wujud bantahan seperti ini.
"Sebenarnya golongan bukan Islam tidak harus khuatir sebab di dalam Perlembagaan telah jelas berkenaan kebebasan beragama di negara ini dan semua agama boleh dianuti secara aman damai, jadi jangan cepat kita melatah sebaliknya kukuhkan proses pembentukan negara bangsa agar kita saling memahami," katanya.
Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata, Jessica Jawing, 40, berkata beliau tidak mempunyai masalah modul hadis itu dilaksanakan di sekolah-sekolah KPM selagi mengikuti tujuan dan objektif yang sebenar.
"Kita hormati keputusannya namun sekolah termasuk guru-guru besar perlu pantau pelaksanaannya agar tiada guru yang memaksa murid atau pelajar bukan Islam mengikuti kelas itu.
"Ia bukanlah perkara yang boleh dipaksa dan tujuannya pun hanya untuk pelajar Islam," katanya yang bekerja sebagai wartawan akhbar tempatan di Kuching, Sarawak.
Pada masa sama, wanita berbangsa Iban itu mencadangkan agar perkara berkenaan dijelaskan dengan lebih lanjut kepada pelajar bukan Islam di sekolah agar mereka tahu bahawa modul itu dikhususkan kepada pelajar Islam dan tidak berasa keliru bahawa ia adalah subjek baharu yang wajib diikuti semua.
"Kalau boleh, laksanakanlah kelas ini pada waktu yang berlainan, umpamanya selepas waktu sekolah kerana ini tidak akan mengundang kebimbangan ibu bapa pelajar yang lain," katanya yang mempunyai anak Tingkatan Empat dan Tahun Tiga di sekolah di bawah KPM.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023
Kok Seong berkata ini kerana ia sudah jelas bahawa modul berkenaan hanya disasarkan kepada pelajar dan guru beragama Islam, serta tidak mengganggu gugat pemahaman murid bukan Islam. - Gambar fail
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Bukan Islam perlu terbuka pelaksanaan Modul Hadis 40 Imam Nawawi
Masyarakat bukan Islam perlu berfikiran lebih terbuka terhadap pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah-sekolah seluruh negara.