awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Bukan lagi RM50,000, nilai kompaun ke atas peniaga burger depan rumah diteliti semula - Polis

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2021
07:38 MYT
Bukan lagi RM50,000, nilai kompaun ke atas peniaga burger depan rumah diteliti semula - Polis
Polis akan memanggil pemilik premis yang dikenakan kompaun untuk menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan yang di bawah Akta 342. - Foto Facebook / Faisal Burger
KUALA LUMPUR: Polis meneliti semula kompaun bernilai RM50,000 yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Pengkalan Chepa, Kelantan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya juga akan memanggil pemilik premis yang dikenakan kompaun untuk menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan yang ditetapkan di bawah Akta 342.
"Selain peniaga burger yang kisahnya ditularkan itu, dua lagi pemilik premis kedai makan turut dikompaun sebanyak RM50,000 pada hari yang sama.
BACA: Jual burger depan tangga rumah, peniaga kecewa dikompaun RM50,000
"Polis telah menerima aduan dan rungutan daripada masyarakat bahawa masih terdapat premis perniagaan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan premis kedai makan beroperasi melebihi masa yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Shafien, susulan daripada aduan orang awam, Polis Kelantan turut mengeluarkan tujuh kompaun kepada pemilik dan pelanggan premis kedai makan di sekitar Pengkalan Chepa pada hari sama.
Beliau turut memaklumkan, sebanyak 127 kompaun telah dikeluarkan kepada pihak yang tidak mematuhi bermula 16 April lalu sehingga semalam.
Topic Berkaitan
#kompaun PKP
#peniaga burger
#kompaun peniaga burger
#SOP
#Pengkalan Chepas
#Polis Kelantan
#Shafien Mamat
#peniaga burger depan rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.